Cara betul pilih desain baju raya nampak terletak dan cantik, ini tip penting sebelum membeli
DILEMA buat wanita untuk memilih desain baju raya yang sesuai dengan bentuk badan, tersilap pilih memang hilang mood untuk menyambut Syawal nanti.
Tak dinafikan, banyak fesyen busana yang cantik-cantik dijual sepanjang Ramadan ini sama ada di premis fizikal mahupun online. Sudah tentunya, sekali pandang memang tertarik untuk membeli.
Melihat model yang langsing menggayakan baju kurung tradisional, moden waima kebaya memang membuatkan kita rasa nak beli jer.
Tambahan pula harga memang kena dengan bajet, memang kita akan cepat borong sebab takut habis stok.
Namun, sayangnya, bila baju yang diimpikan sampai depan rumah, desain pula tak kena dengan badan. Memang stres jadinya.
Justeru, seorang pengguna TikTok, Azura Afandi berkongsikan tip menarik untuk mereka yang sedang mencari pakaian baharu untuk lebaran nanti.
Untuk mereka yang mempunyai bahu jenis bidang, disyorkan untuk memilih pattern duyung kerana boleh beri keseimbangan pada bahagian bawah.
Azura juga mencadangkan mereka yang kurus dan tinggi, sesuai memakai baju kurung pahang.
Ini kerana katanya desain yang kembang di bahagian bawah menaikkan seri si pemakai yang langsing.
Baca juga Bergaya sakan dengan variasi pilihan baju raya sempena ZALORAYA 2022. Memang rambang mata dibuatnya
Pun demikian, Azura juga tidak menggalakkan mereka yang bersaiz besar memilih potongan baju sedemikian kerana nampak lagi 'mengembang'.
Bagaimana pula bagi mereka rendah dan berbadan kecil? Wanita itu menyarankan pattern baju yang mempunyai corak sama untuk baju dan kain supaya ilusi nampak lebih tinggi.
Pun begitu bagi mereka yang bersaiz rendah dan memiliki saiz perut yang besar, sesuai memakai baju jenis pesak gantung.
Jangan salah faham dengan baju jenis pesak gantung dengan kurung pahang ya.
Pesak gantung hanya kembang sedikit saja dan boleh menutup perut buncit dan menjadikan pemakai nampak kurus.
Bagi wanita yang mempunyai punggung lebar, jangan risau kerana Azura mencadangkan baju yang mempunyai dart pada bahagian depan supaya nampak lagi langsing.
Baca juga Jenama Mek Kembang Cotton terus jadi pilihan, tempahan baju boleh siap dalam tempoh 24 jam!
Pemilik konten @Azura.Zair itu juga mengesyorkan baju yang ada dart pada bahagian belakang untuk mereka yang berdada besar.
Sebenarnya ada beberapa kategori ukuran badan wanita yang boleh dijadikan panduan iaitu bentuk apple, pear, triangle, ruler dan jam pasir.
Baca juga Beraya sakan dengan baju Melayu Mjestic potongan slim fit dengan 35 pilihan warna
Oleh itu, kena pandai pilih fesyen yang sesuai supaya busana idaman nampak terletak dan cantik.
Kalian sudah membeli ker baju raya? Kalau belum, bolehlah praktikkan tip yang dikongsikan supaya penampilan lebih vazz di pagi raya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang