Selamat membida ‘Sayang’

Selamat membida ‘Sayang’
Selamat membida ‘Sayang’
A
A
A

MUNGKIN ada antara kita yang tidak kisah untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan nombor plat yang cantik dan menarik.

Jadi tidak hairanlah jika ada nombor plat yang nilainya mencecah bidaan jutaan ringgit. Hebat betul kan.

Contohnya, seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, nombor plat “Malaysia 1” telah berjaya dijual dengan harga RRM1,111,111 kepada Aldi International Sdn Bhd pada sekitar 2018. Wow! Juta tau gais!

Oleh itu, sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan banyak pula nombor plat pendaftaran kenderaan khas yang diperkenalkan.

Kali ini giliran plat nombor siri ‘SYG’ pula hangat di pasaran. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan untuk siri nombor pendaftaran tersebut bermula 11 sehingga 15 Jun dan keputusannya hanya akan disiarkan pada 16 Jun ini.

Bidaan boleh dibuat melalui platform JPJeBid serendah RM300 untuk nombor biasa.

Menerusi semakan di laman JPJeBID, nombor plat paling popular ‘SYG 1’ kini masih lagi berada pada harga RM20,000.

Nombor plat ‘SYG’ atau boleh diterjemahkan kepada ‘SAYANG’ mungkin boleh dihadiahkan kepada insan istimewa atau orang yang tersayang.

Atau korang boleh membida empat no sekali terus. Seperti SYG 1, SYG 2, SYG 3 dan SYG 4. Cukup dah tu hadiahkan seorang satu. Haha!

Bidaan nombor plat ‘SYG’ ini dibuka pada harga bermula RM300 untuk nombor biasa, RM800 untuk nombor popular, RM3,000 untuk nombor menarik dan RM20,000 untuk nombor utama.

Kenaikan bidaan minima pula adalah 5 peratus daripada harga minima bidaan ini.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat bidaan, anda boleh ke laman web JPJeBID. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menerima pautan pengaktifan menerusi e-mel.

Kemudian boleh membuat carian nombor yang diminati bagi melihat jumlah terkini bidaan.

Selamat membida ‘Sayang’!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca