KITA mungkin sudah terbiasa dengan sambutan hari-hari istimewa yang mempunyai sambutan khas seperti Hari Guru, Earth Hour, Hari Wanita Sedunia dan macam-macam lagi.

Namun, korang tahu tak terdapat satu lagi sambutan hari yang jarang-jarang disedari oleh orang ramai namun ia tetap disambut setiap tahun.

Ya hari tersebut merupakan Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day) yang mana ia merupakan hari yang disambut setiap tahun pada hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox berlaku.

Bagi tahun ini, sambutan hari tidur jatuh pada 19 Mac dan ianya adalah hari ini! Ya! Selamat hari tidur sedunia korang!

Bagaimanapun, seperti kita semua sedia maklum, apa sahaja perayaan atau hari-hari istimewa terpaksa disambut sederhana di seluruh dunia disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Namun, korang tahu tak kenapa dunia menyambut atau meraikan Hari Tidur Sedunia?

Untuk pengetahuan korang, hari tersebut disambut bertujuan memberi peluang kepada tubuh untuk berehat akibat daripada penat bekerja.

Ya! Tubuh badan kita juga perlu rehat tau! Sedangkan robot juga perlu diselenggara ini kan pula badan manusia. Betul tak?

Bertemakan ‘better sleep, better life, better planet’, Hari Tidur Sedunia disambut di 56 buah negara seluruh dunia.

Selamat menyambut Hari Tidur Sedunia! Jom tidur!

Manakala Barbados, Nepal dan Nuxembourg merupakan negara yang terbaharu menyertai kempen berkenaan.

Memetik laman web worldsleepday.org, kempen berkenaan ditubuhkan oleh sekumpulan pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

Iklan

Hari Tidur Sedunia diwujudkan sebagai terapi profesional bagi menegaskan bahawa tidur adalah keutamaan yang perlu diberi perhatian dalam membentuk mental dan fizikal yang sihat.

Selamat menyambut Hari Tidur Sedunia! Jom tidur!Selain itu ia ditubuhkan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasukah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.

Selain itu, Sempena Hari Tidur Sedunia yang jatuh pada hari ini, Unit Komunikasi Korporat dan Media Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) juga mengambil kesempatan dengan menganjurkan webinar yang bertajuk ‘Eat a lot, SLEEP a lot’ akan diadakan secara atas talian melalui Facebook Live pada jam 3 hingga 5 petang ini.

Iklan

Webinar ini akan mengupas kepentingan tidur dan kesihatan kepada tubuh badan kita. Penceramah jemputan ialah Prof. Dr. Marina Mat Baki dari Jabatan Otorinolaringologi.

Semua warga HCTM, UKM dan orang ramai juga dialu-alukan untuk menonton sesi perkongsian ilmu ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom tidur!

Selamat menyambut Hari Tidur Sedunia! Jom tidur!