Selepas i-Fitri, kini Terengganu tawar Bantuan i-Perantau pula, ini syarat, cara mohon

Selepas i-Fitri, kini Terengganu tawar Bantuan i-Perantau pula, ini syarat, cara mohon
Selepas i-Fitri, kini Terengganu tawar Bantuan i-Perantau pula, ini syarat, cara mohon
A
A
A

BERITA gembira buat warga Terengganu, jika sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian dana raya yang dikenali Bantuan I-Fitri 2022 awal April lalu, kini ia dibuka untuk rakyat yang merantau pula.

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi bantuan one-off dikenali i-Perantau kepada anak perantau yang layak.

Dianggarkan 5000 ketua isi rumah mendapat manfaat dari bantuan ini.

Jumlah Bantuan i-Perantau 2022;

  1. RM400 – Kategori A (Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500)
  2. RM250 – Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000)

Syarat Kelayakan i-Perantau 2022;

KATEGORI A: Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500

  • Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Teréngganu.
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan "ISI RUMAH" TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
  • Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  • Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon.
  • Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan ISI RUMAH TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  • Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  • Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan;

i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.

ii. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan.

iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)

Baca juga Awas! Rasa kebas lepas bangun tidur mungkin petanda 5 masalah kesihatan ini

bantuan

KATEGORI B: Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000

  • Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Teréngganu.
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan ISI RUMAH ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
  • Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  • Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon.
  • Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000

    sebulan dan di sahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

  • Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  • Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan;

i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.

ii. Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan.

iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon).

Namun, harus diingat, maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Baca juga Siasatan tamat, Tangmo bukan dibunuh, mati sebab kecuaian, 5 rakan bot didakwa

Cara permohonan;

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca