SEPTEMBER lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

BPN2.0 adalah bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan pandemik Covid-19.

SinarPlus percaya ramai yang tak sabar menunggu untuk menyemak status permohonan kan?

Walaupun bantuan BPN 2.0 ini tidak memerlukan permohonan kerana pemberian berdasarkan pangkalan data BPN 2020 dahulu, anda harus juga membuat semakan takut nanti ada yang menyesal kemudian hari!

Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/.

Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Artikel berkaitan: AWAS! Perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk dapat komplikasi serius

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa.

Iklan

Pertama, pada penghujung Oktober 2020 dan kedua, pada Januari 2021.

Bagi permohonan baharu, ia akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup iaitu 15 November 2020.

Iklan

Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekali gus pada Januari 2021.

Jadi, kepada yang berjaya mendapat bantuan kedua ini, bersyukurlah. Namun pada yang tidak berjaya, boleh kemukakan permohonan baharu atau rayuan ya.