LONJAKAN kes posiif dan penularan virus pandemik Covid-19 hari demi hari membimbangkan ramai pihak sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan yang terjejas.

Lebih membimbangkan orang ramai, kini virus tersebut juga semakin menular di kawasan-kawasan perumahan terutama di pangsapuri dan kondominium yang mana pastinya kawasan tersebut mempunyai penduduk yang ramai dan padat.

Sebanyak 35 buah kondominium dan pangsapuri telah merekodkan kes positif Covid-19 sepanjang 22 hari yang lalu.

Rekod terbaru dicatatkan dengan 23 kes positif dari flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya. Kesemua kawasan kediaman yang dikesan itu mempunyai kes positif Covid-19 dan telah pun menjalani proses sanitasi.

Berikut merupakan antara kondominium dan pangsapuri yang dikesan mempunyai kes positif Covid-19 yang direkodkan sehingga semalam (22 Oktober).

Jadi, anda perlu lebih berhati-hati!

3 Oktober

Penduduk di Parc Regency Serviced Apartment di Johor Bahru disahkan positif Covid-19

4 Oktober

Penduduk di Blok B Magnaville Apartment di Selayang disahkan positif Covid-19

5 Oktober

Penduduk di Blok B Sri Anggerik 1 Apartment di Puchong Jaya disahkan positif Covid-19

 

Senarai kondo & pangsapuri  yang terdapat kes Covid-19, penduduk sekitar perlu berhati-hati!
Kredit foto : Polis daerah Petaling Jaya melakukan tinauan kawasan yang dilaporkan terjejas (gambar hiasan)

6 Oktober

Penduduk di Blok 1 Puteri Palma Condominium di IOI Resort, Seri Kembangan disahkan positif Covid-19

7 Oktober

  • Dua penduduk yang tinggal di kediaman yang sama di Blok H Desa Impiana Condo di Puchong disahkan positif Covid-19
  • Ibu dan seorang anak lelakinya dari Pangsapuri Kasturi, Bandar Dato Onn, Johor Bahru juga dilaporkan positif Covid-19

8 Oktober

  • Penduduk di The Pines Residence, Gelang Patah, Johor disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di Blok C East Lake Residence di Taman Serdang Perdana disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di Blok D Residensi Damai Meriah, Damansara Damai disahkan positif Covid-19

10 Oktober

  • Penduduk di Blok B Fadason Business Centre di Kepong disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di Blok D Riana Green East Condominium di Wangsa Maju disahkan positif Covid-19

11 Oktober

Seorang lelaki yang tinggal di Blok A Menara Simfoni (Symphony Tower) Service Apartment, Seri Kembangan disahkan positif Covid-19

Iklan

12 Oktober

  • Penyewa di Blok D di Pelangi Utama Damansara Condominium, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di Palazio Serviced Apartment, Johor Bahru disahkan positif Covid-19

14 Oktober

  • Penduduk di Blok AK Subang Perdana Apartment, Subang Jaya disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di Blok 5 Seri Intan Apartment di Setia Alam disahkan positif Covid-19

15 Oktober

  • Dua kes positif dikesan di Blok C H20 Residences di Ara Damansara, Selangor.
  • Penduduk di Blok B Gembira Residen di Taman Gembira, KL disahkan positif Covid-19

16 Oktober

  • Seorang pekerja kilang yang tinggal di Prima Bayu Apartment, Klang disahkan positif Covid-19 dan menurut laporan The Star Online, seramai 21 pekerja Nepal yang tinggal disitu juga disahkan positif dan 30 lagi rakan mereka sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 22 Oktober.
  • Penduduk Blok A Prima Midah Heights Apartment, Taman Midah, Cheras disahkan positif Covid-19

17 Oktober

Satu kes positif Covid-19 dikesan di Seri Borneo Condominium, Kota Kinabalu

18 Oktober

Iklan
  • Penduduk di Blok B tingkat 25 Aurora Residence di Taman Pinggiran Prima, Puchong disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di Blok J tingkat 23 di BSP21 Condominium, Bandar Saujana Putra disahkan positif Covid-19

19 Oktober

  • Penduduk di Blok A tingkat 16 Maxwell Towers, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19
  • Penyewa di Blok B Seasons Garden Residences, Wangsa Maju disahkan positif Covid-19
  • Pekerja kontraktor di tingkat LG8 dan 11 GenKL Condominium disahkan positif Covid-19 pada 15 Oktober 2020

20 Oktober

  • Penduduk di Blok 2 tingkat 1 Seri Baiduri Apartments, Setia Alam disahkan positif Covid-19
  • Dua kes positif dikesan di Amara Serviced Residence, Batu Caves
  • Penduduk di Blok b PV2 Condominium, Taman Melati disahkan positif Covid-19
  • Satu kes positif dikesan di Pangsapuri Jati Selatan, Kg Baru Salak Selatan
  • Penyewa di Blok D PPR Kg Baru Air Panas disahkan positif Covid-19

21 Oktober

  • Seorang lagi penduduk di Blok b, Level 25 Aurora Residence Taman Pinggiran Prima, Puchong disahkan positif Covid-19
  • Penduduk di De Bay Apartment, Setia Alam disahkan positif Covid-19
  • Lima beranak di Flat Setapak Indah Jaya, Setapak disahkan positif Covid-19
  • Dua kes positif di Puri Aiyu Condominium, Seksyen 22 Shah Alam disahkan positif Covid-19
  • 23 orang penduduk di Flat Pelangi Damansara, Persiaran Surian dilaporkan positif Covid-19 dan ujian swab telah pun dijalankan bagi penduduk yang tinggal di Blok B dan akan diteruskan pada penduduk blok yang lain.

Dengan kes yang dicatatkan ini, diharap masyarakat Malaysia lebih berjaga-jaga terutama buat mereka yang tinggal di sekitar kawasan yang telah disenaraikan.

Stay home, stay safe.

Sumber: Malaysiakini