Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026, 5 perkara penting ibu wajib tahu

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka
A
A
A

Sesi sekolah kembali bermula Januari pada 2026, 5 perkara penting ibu wajib tahu

SESI persekolahan baharu yang dianjakkan kepada Mac sejak tahun lepas menjadi rungutan ramai ibu bapa.

Mereka memilih untuk sebaiknya sesi itu kembali kepada asal kerana tempoh pandemik pun sudah habis dan negara pun sekarang sudah berada di dalam sesi endemik.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

Dalam perkembangan terbaru berkenaan isu itu, KPM mengumumkan sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula pada 2026.

Memetik laporan media tempatan, menurut menterinya, Fadhlina Sidek, berikut info berkaitan;

1. KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada Februari 2025.

2. Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada tahun 2026.

Baca juga Berita baik buat ibu bapa, sesi persekolahan akan kembali pada Januari. 5 info berkaitan

Gambar hiasan

3. Pihaknya berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.

4. Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti-cuti cikgu sebagaimana yang telah KPM umumkan dalam 10 prakarsa sempena hari guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan diwartakan.

5. Malah, dengan pengumuman ini, KPM memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan bagi mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Baca juga Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan Aminhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanyakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari ketika pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Semoga ia dapat melegakan ibu bapa untuk memudahkan urusan persekolah anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca