Berita baik buat ibu bapa, sesi persekolahan akan kembali pada Januari. 5 info berkaitan

SESI persekolahan baharu yang dianjakkan kepada Mac sejak tahun lepas menjadi rungutan ramai ibu bapa.

Mereka memilih untuk sebaiknya sesi itu kembali kepada asal kerana tempoh pandemik pun sudah habis dan negara pun sekarang sudah berada di dalam sesi endemik.

Justeru itu, hari ini Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

Memetik laporan media tempatan, menurut menterinya, Fadhlina Sidek, berikut info berkaitan;

1. KPM memahami sentimen serta semangat ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini, dan KPM sedang mengusahakan perkara itu.

2. Fadlina tegaskan bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM.

Baca juga Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

Gambar hiasan

3. Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.

Iklan

4. KPM juga juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak, selain faktor ekonomi lain.

Baca juga Bantu anak muda jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar umum tajaan pelajar SPM 2023 jurusan perubatan

5. Kata Fadlina pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan PETRONAS 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu (L), di Kuala Lumpur, hari ini.

Iklan

Semoga ia dapat melegakan ibu bapa untuk memudahkan urusan persekolah anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.