BENCANA alam yang datang tiada siapa yang menduga. Lebih-lebih lagi ia melanda tanpa sebarang tanda dan isyarat.

Seperti banjir yang sedang melanda negara kita yang mana bukan sahaja melibatkan negeri di Pantai Timur malah turut mengakibatkan Lembah Klang menjadi lumpuh dek bah besar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Oleh sebab itu sebagai langkah persediaan, penting untuk adanya 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.

Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.

Ia dikenali sebagai BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.

Jika datangnya apa-apa bencana boleh terus grab satu beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.

Masih belum terlewat untuk orang ramai sediakan BOB ini memandangkan cuaca masih tidak menentu ini.

Beg kecemasan ni isinya bukannya untuk seminggu dua ya, tapi untuk digunakan dalam dua hingga tiga hari bila berlaku bencana seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya sebelum bantuan tiba.

Justeru itu, seorang individu bernama Wan Ab Aziz tampil membuat satu perkongsian senarai barangan yang penting dalam 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN. Antaranya;

Sila sediakan mengikut kesesuaian diri dan tempat.

1. Air (jangan terlalu banyak sebab berat)

2. Sedikit makanan yang tahan lama

3. Tandas segera (ada dijual di Daiso / kedai-kedai online)

4. Kit kecemasan dan ubat-ubatan

5. Pelitup muka

Setiap rumah perlu ada 'beg kecemasan bencana', ini senarai barangan paling penting

6. Bagi wanita, tuala wanita

7. Tisu basah, tisu tandas

8. Bekas untuk isi air

9. Plastik wrap

10. Lapik plastik (pelbagai guna ni)

11. Baju hujan

12. Selimut kecemasan

13. Sejadah

14. Pisau serba guna (saya guna Swiss Army)

15. Lilin dan mancis

16. Wisel

17. Tape pelekat

18. Tali

Iklan

19. Sarung tangan

Setiap rumah perlu ada 'beg kecemasan bencana', ini senarai barangan paling penting

20. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)

21. Radio

22. Lampu suluh (boleh cari yang sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)

Iklan

23. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)

*Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang).

Baca juga 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, Siap Siaga Hadapi Bencana Alam, 11 Item Ini Perlu Ada

Menurutnya, adalah penting untuk sediakan beg yang sesuai, tidak kecil tapi tidaklah sampai sukar untuk dibawa semasa kecemasan.

Katanya, sebaiknya beg sandang. Sila tulis nama, dan sedikit maklumat ringkas pada beg tersebut. Kalau tidak menyusahkan, sebaiknya sediakan satu beg bagi satu orang.

Jadi, orang ramai bolehlah beli siap-siap sebab bencana ini datang di luar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan. Semoga kita sentiasa dilindungi.