NAMPAKNYA, orang ramai kini kembali mengunjungi pusat beli-belah untuk membeli barangan yang diperlukan sambil berjalan-jalan dan berhibur setelah kian lama duduk di rumah untuk mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan itu, Mid Valley Megamall KL bekerjasama dengan Shopee untuk menawarkan e-baucar menarik dengan potongan harga hingga 60 peratus daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!

Kepada anda yang ingin menghadiahkan diri sendiri sepasang kasut baharu daripada JD Sports dan boleh memilih tawaran ‘Me Time Bundle’.

Pasangan pula boleh menikmati ‘Sweet Date Bundle’ iaitu menikmati sesi urut kaki yang melegakan di Thai Odyssey.

Bagi ibu bapa yang bersiar-siar bersama anak-anak, mereka boleh memilih ‘Family Fun Bundle’.

Tawaran itu pasti akan menggembirakan si kecil kerana selepas menjamu selera di Pizza Hut, mereka berkesempatan mendapatkan buku kegemaran dari MPH Bookstore dan menikmati aiskrim Baskin-Robbins.

Buat mereka yang inginkan staycation, tawaran dari Cititel dan The Gardens – A St Giles Signature Hotel & Residences pasti menarik perhatian.

Hotel-hotel tersebut hanya terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall KL dan amat sesuai sebagai tempat istirehat setelah berjalan-jalan di pusat beli-belah.

Berikut adalah butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran* ini yang boleh ditebus di Mid Valley Megamall KL:

 

RODA DUIT SHOPEE

Tawaran tersebut dilancarkan sebagai sebahagian daripada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega, festival beli-belah mega pertama pada tahun 2021 di rantau ini.

Berlangsung hingga 4 April, kempen berkenaan menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM4, tawaran diskaun dan baucar 95 peratus setiap hari dan rancangan permainan baharu RM10,000 Roda Duit Shopee yang mana para peserta memutar roda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai apabila mereka berjaya meneka perkataan yang betul.

Iklan

Selain itu, orang ramai juga berpeluang memenangi 44,444 Syiling Shopee apabila menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam dompet ShopeePay anda.

Acara membeli-belah ini juga akan melancarkan kerjasama eksklusif antara jenama-jenama fesyen dan selebriti, iaitu Pestle & Mortar x Jameson, Roscani x Fatin Afeefa, Tomorrow Showtime x Amelia Henderson dan Hype x Kide pada 30 Mac.

Antara sorotan lain bagi kempen ini ialah Shopee 4.4 Mega Show yang akan disiarkan di Shopee Live, Astro Ria dan Astro Gempak pada 3 April, jam 9 malam.

Program berkenaan akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hazama, Elizabeth Tan dan Naim Daniel serta legenda Datuk M. Nasir.

 

Iklan

Acara membeli-belah tersebut akan sampai kepada kemuncaknya pada 4 April dengan penampilan Midnight Madness dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti dari pukul 9 pagi dan banyak lagi.

Kumpulan gadis K-Pop terkenal di dunia, Mamamoo, yang dipilih menjadi 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka secara eksklusif di Shopee Live dari jam 9 malam – 11 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 4.4 Hari Jualan Mega, layari – https://shopee.com.my/m/4-4