SEPERTI kebiasaan, platform e-dagang popular, Shopee sering melakukan pelbagai promosi dan tawaran jualan murah setiap tahun. Senang kata, Shopee dan jualan murah berpisah tiada!

Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan mereka yang gemar membeli secara online memilik platform tersebut. Namun, terdapat beberapa aduan dari pengguna yang mengatakan barang yang dibeli di Shopee lambat diterima.

Oleh itu, bagi menambah baik lagi servis jualan mereka, Shopee meningkatkan usahanya untuk memendekkan masa penghantaran untuk penjual dan pembeli di Malaysia bagi memenuhi kebergantungan yang semakin meningkat kepada e-dagang dan keperluan untuk penghantaran yang lebih cepat.

Inisiatif itu termasuk pengenalan 10 lokasi ‘drop-off’ baharu bagi Shopee Xpress selain kerjasama dengan Parcelhub dan MBE yang menjadikan jumlah keseluruhan lokasi ‘drop-off’ kepada lebih 300 di seluruh negara.

SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kreditDisebabkan oleh penambahbaikan itu, penghantaran yang sebelum ini mengambil masa sehingga 10 hari, malah lebih lama di Malaysia Timur, kini dikurangkan kepada antara satu dan empat hari sahaja.

Selain itu, Shopee juga memperluaskan rangkaian gudang, hab dan pusat pengasingan di lebih 50 lokasi strategik di seluruh negara termasuk di kawasan seperti Senawang, Bagan Serai, Batu Pahat, Simpang Ampat dan Bayan Lepas untuk menambah baik kecekapan penghantaran termasuk ke bandar-bandar kecil.

Melalui rangkaian logistiknya yang diperluas, Shopee akan memperkenalkan penghantaran hari berikutnya di Semenanjung Malaysia (kecuali di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu) melalui Shopee Xpress, bersempena kempen 3.3 Jualan Pasar Raya.

Shopee mengumumkan bermula hari ini sehingga 3 Mac, semua pembelian yang dilakukan melalui Shopee Mart di sekitar Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang dan Pulau Pinang akan layak untuk mendapatkan kawaran tersebut.

SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kredit

Iklan

Promosi ini terhad kepada kedai-kedai di Shopee Mart yang mempunyai tanda “Penghantaran Pada Hari Berikutnya”, yang mana kesemua pembelian yang dilakukan sebelum pukul 12 petang akan diproses pada hari yang sama dan penghantaran hari keesokan akan dilakukan.

Bagi pembelian yang dilakukan selepas pukul 12 petang, ia akan diproses pada hari berikutnya dan penghantaran akan dilakukan pada hari esoknya.

Selain daripada itu, pihak Shopee juga telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat logistik tempatan seperti Parcelhub dan MBE untuk meningkatkan jumlah lokasi drop-off barangan Shopee melalui Shopee Xpress di seluruh negara.

Iklan

Perkara tersebut dilaksanakan susulan sebuah laporan dikeluarkan yang mengatakan bahawa penghantaran jarak terakhir (last mile) di Malaysia adalah antara yang paling lambat di Malaysia pada tahun 2020.

Dengan kewujudan tawaran dan usaha yang dilakukan Shopee ini diharapkan masa untuk barang yang dibeli pelanggan sampai dengan lebih cepat dari sebelumnya dapat diperbaiki dengan sebaiknya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 3.3 Jualan Pasar Raya, layari https://shopee.com.my/m/3-3