Signal perut berbunyi ketika lapar, ini fakta sains yang perlu anda terokai

No Image Caption
A
A
A

TATKALA kita berasa lapar, pastinya perut akan berbunyi. Apatah lagi ada yang mengeluarkan ‘keroncong’ kuat.

Sebenarnya, apakah yang berlaku sehingga ia memberi ‘signal’ sebegitu?

Pensyarah Sains di sebuh kolej swasta, Dr Magaret Sivapragasam ada jawapannya.

Menurut beliau, perut yang berbunyi sebenarnya berasal daripada perut dan usus kecil.

“Umum mengetahui bahawa perut berbunyi adalah petanda lapar.

“Tetapi sebenarnya, perut berbunyi sepanjang waktu tidak pada waktu lapar sahaja,” jelasnya.

Sewaktu makan, selain makanan dan cecair yang bergerak melalui sistem pencernaan, gas dan udara juga masuk ke dalamnya.

Selain itu juga, makanan yang tidak tercerna juga akan menghasilkan gas.

“Gas dan udara itulah yang menyebabkan perut berbunyi sepanjang waktu.

“Cumanya, apabila terdapat makanan dalam perut, sebahagian besar bunyi terserap oleh makanan,” katanya.

Oleh itu, bunyi yang terhasil lebih perlahan berbanding ketika perut kosong kerana ketika perut kosong, tidak ada makanan di dalam perut yang dapat menyerap bunyi tersebut.

Lazimnya, bunyi perut tidak dianggap sebagai gejala masalah kesihatan yang serius.

Jadi, jika tidak ingin perut sentiasa berbunyi, maka perut haruslah diberi makan secara berkala.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca