Sijil akademik PMR, SPM, STPM, lain-lain peperiksaan hilang atau rosak? Ini cara dapatkan semula

A
A
A

SIJIL akademik seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) , Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) atau Malaysian University English Test (MUET) sangat penting untuk mengesahkan bahawa seseorang telah menerima pendidikan tertentu atau sudah melepasi atau lulus satu ujian.

Dokumen-dokumen penting ini yang biasanya diperlukan dalam pelbagai urusan termasuk permohonan melanjutkan pelajaran institusi pengajian tinggi atau temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.

Bagaimana jika sijil-sijil ini hilang atau rosak kerana banjir atau kebakaran?

Baca juga: Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni

Jangan bimbang kerana anda boleh mencetaknya semula dengan langkah-langkah berikut:

SIJIL SPM, SPMU, STAM, SVM, MCE, PMR, SRP, LCE

Bagi SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Malaysian Certificate of Education (MCE), PMR, Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate of Education (LCE) anda boleh mendapatkan semula sijil dengan langkah seperti berikut:

1-Anda boleh memohon menerusi e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/auth/login

2-Anda juga boleh hadir sendiri ke kaunter dan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan menunjukkan bukti dokumen pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada) semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

3-Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)

Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani pemohon bersama salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.

4-Permohonan melalui pos

Anda boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang lengkap diisi dikepilkan bersama salinan kad pengenalan dan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web Lembaga Peperiksaan. Anda digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

5-Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA". Cek persendirian tidak diterima.

6-Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan: tujuh hari bekerja

Baca juga: Sijil SPM hilang? Jangan panik, mohon secara online

SIJIL STPM DAN MUET

1-Bagi salinan keputusan STPM dan MUET, anda perl u memohon daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

2-Anda boleh hadir sendiri ke Majlis Peperiksaan Malaysia di Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor.

4-Bawa bersama kad pengenalan dan wang tunai sebanyak RM50 untuk STPM manakala RM40 bagi MUET.

5-Daftar di kaunter MPM dengan menggunakan kad pengenalan.

6-Anda akan menerima kad pelawat untuk ke jabatan yang berkaitan.

7-Naik ke Aras 2, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET. Terus ke kaunter.

Kredit foto: Freepik

CALON SPM ULANGAN BOLEH GABUNG KEPUTUSAN SATU SIJIL

Selain mendapatkan semula sijil yang baru, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM daripada Lembaga Peperiksaan.

Patching sijil SPM ini merupakan perkhidmatan baru Lembaga Peperiksaan yang membolehkan calon yang mengulang SPM memperoleh sijil yang menggabungkan beberapa keputusan terbaik ke dalam sekeping sijil sahaja.

Antara syarat permohonan patching sijil SPM ini ialah calon mesti memperoleh sijil kali pertama mulai tahun 2009.

Bagaimanapun, permohonan terhad kepada 12 mata pelajaran sahaja.

Perkhidmatan pacthing ini hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Baca juga: Salinan sijil PMR, SPM, hilang atau rosak? Ini cara mudah mohon semula secara online

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

Selain itu, anda juga boleh menterjemahkan sijil SRP, PMR dan SPMU ke dalam Bahasa Inggeris

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang