SIJIL Pelajaran Malaysia (SPM) hilang? Macam mana pula dengan sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) korang ingat tak simpan di mana?

Maklumlah, sijil-sijil amat diperlukan terutamanya bagi mereka yang memohon pekerjaan untuk dibawa bersama pada sesi temu duga.

Pun begitu, perasaan cemas mula dirasai apabila mendapati sijil peperiksaan yang diperlukan itu hilang ataupun terlupa lokasi menyimpannya.

Usah bimbang kerana zaman modenisasi hari ini semuanya pada hujung jari sahaja termasuk membantu korang mendapatkan semula baik sijil SPM mahupun PMR yang hilang. Bagaimana caranya?

pakaian kelas online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) membantu orang ramai mendapatkan kembali salinan keputusan peperiksaan utama antaranya SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), PMR dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) secara online.

Korang hanya perlu layari laman web https://elp.moe.gov.my/.

Iklan

Permohonan yang telah dibayar akan diproses sebelum dihantar kepada pemohon dengan menggunakan khidmat kiriman pos.

Cara memohon:
1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan https://elp.moe.gov.my/

2. Pilih salinan keputusan yang ingin dimohon.

3. Klik dan isi maklumat pada borang.

4. Caj dikenakan dan sila buat bayaran. (RM30 untuk sijil SPM)

5. Sijil akan dihantar melalui pos.

Baca juga Pandang picagari, minta petugas tunjuk jarum selepas suntik vaksin Covid-19

Iklan

Bagaimanapun, diingatkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan berlaku kelewatan penghantaran (pos) bagi salinan keputusan yang dipohon.

Semoga bermanfaat!