SIMPAN air secukupnya! Warga Selangor di 188 kawasan akan berdepan detik ‘gangguan’ bermula 9 Ogos ini.

Itu berikutan pengumuman Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan menyatakan gangguan bekalan air berjadual itu bakal berlaku kerana pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan kerja-kerja tersebut bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor.

Katanya, kerja-kerja pembaikan akan bermula pada pukul 9 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 1 pagi, 11 Ogos 2022.

Justeru, pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut;

Simpan air secukupnya! Gangguan air 51 jam di 188 kawasan di Selangor 9 Ogos ini

Jadi, semoga pengguna bertabah, apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa kemungkinan ketiadaan air ini.

Daripada pengalaman lalu, pelbagai cara menyimpan air untuk kegunaan dan kaedah penjimatan dikongsi orang ramai, antaranya;

1. Sediakan tong besar

Perlu sediakan tong besar ini yang sangat berguna di waktu tiada air.

2. Periuk pun boleh

Kalau tak ada tong besar, guna periuk atau apa sahaja barangan dapur yang boleh tampung air.

3. Plastik besar

Guna plastik yang besar. Plastik sampah pun boleh, isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka ya. Ada juga yang letak plastik besar dalam bakul.

Baca juga Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini

4. Water dispenser untuk singki

Senang untuk membasuh apa-apa seperti paip air.

5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang

Tak perlu membazir bekalan air untuk cuci, beli stok untuk 40 jam tiada air.

Boleh juga gunakan plastik sebagai alas pinggan tersebut.

6. Air mineral untuk minum

Beli air mineral untuk minum. Air simpan digunakan untuk keperluan lebih penting sahaja.

7. Botol spray untuk wuduk

Boleh gunakan botol spray untuk wuduk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.

Baca juga Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

8. Masak stok makanan

Memasak biasanya pakai banyak air. Buat lauk stok dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan sahaja.

9. Tisu basah

Untuk kegunaan yang kurang kotor boleh guna tisu basah ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.