WARGA Selangor dan Kuala Lumpur akan kembali berdepan detik ‘gangguan’ hujung bulan ini.

Perkara itu telah diumumkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebanyak 88 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air secara berjadual antara 30 Mac hingga 1 April selama 48 jam serta 6 April hingga 9 April ini selama 68 jam.

Gangguan bekalan air itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset-aset utama Air Selangor akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menurut Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri, pihaknya telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual.

Menurutnya, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

Manakala kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip itu akan dijalankan pada 30 Mac 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam.

Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini

Kerja-kerja tersebut telah dijadualkan pada 12 Januari 2021 tetapi ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip itu akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 11 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula jam 9 pagi, 30 Mac 2021.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 1 April 2021.

Selain itu, warga Selangor dan Kuala Lumpur turut mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam kerana kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah daripada Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Kata Elina, kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam.

Berikutan henti tugas ini, 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi, 6 April 2021.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5 pagi.

Selain itu, Elina berkata tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza, bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selangor menasihatkan para pengguna terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual tersebut.

Justeru korang, apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa kemungkinan ketiadaan air ini.

Daripada pengalaman lalu, pelbagai cara menyimpan air untuk kegunaan dan kaedah penjimatan dikongsi orang ramai, antaranya;

1. Sediakan tong besar.

Korang perlu sediakan tong besar ini yang sangat berguna di waktu tiada air.

2. Periuk pun boleh

Kalau tak ada tong besar, guna periuk atau apa sahaja barangan dapur yang boleh tampung air.

3. Plastik besar

Guna plastik yang besar. Plastik sampah pun boleh, Isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka ya. Ada juga yang letak plastik besar dalam bakul.

Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

Iklan

4. Water dispenser untuk singki

Senang untuk membasuh apa-apa seperti paip air.

5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang

Tak perlu membazir bekalan air untuk cuci, beli stok untuk 68 jam tiada air.

Boleh juga gunakan plastik sebagai alas pinggan tersebut.

6. Air mineral untuk minum

Beli air mineral untuk minum. Air simpan digunakan untuk keperluan lebih penting sahaja.

Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!

Iklan

7. Botol spray untuk wuduk

Boleh gunakan botol spray untuk wuduk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.

8. Masak stok makanan

Memasak biasanya pakai banyak air. Buat lauk stok dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan sahaja.

9. Tisu basah

Untuk kegunaan yang kurang kotor boleh guna tisu basah ini.

Semoga bermanfaat!