Sinar Harian hargai sumbangan usahawan PKS menerusi Anugerah BISA, bakal suntik inspirasi kepada peniaga baharu

A
A
A

BUAT julung kalinya, Sinar harian memperkenalkan Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) bagi mengiktiraf dan memberi penghormatan atas pencapaian usahawan dalam semua sektor industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengiktirafan itu menyaksikan sebanyak 10 anugerah utama dan pelbagai lagi kategori anugerah diperkenalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, idea tersebut tercetus sebagai satu usaha menyokong dan menghargai usahawan Malaysia yang terus bertahan semasa pandemik Covid-19 melanda negara.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

"Tiga tahun lalu, krisis kesihatan menyebabkan banyak syarikat yang tidak dapat beroperasi, gagal bersaing dan akhirnya bukan sedikit yang terpaksa gulung tikar. Pun begitu, Covid-19 turut mengajar kita semua untuk bangkit, menjadi lebih kuat dan lebih berBISA.

"Sejak lebih setahun lalu, para usahawan kembali membina perniagaan masing-masing. Ada yang bermula dari bawah, ada yang menyambung bisnes yang tertangguh dan ada juga yang terus melebarkan sayap ke tahap lebih tinggi.

"Justeru, selepas hampir tiga tahun tercetusnya idea Anugerah BISA, akhirnya malam ini kita berkumpul untuk mencipta dan melakar sejarah," ujarnya ketika berucap pada majlis Anugerah BISA di Double Tree by Hilton Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

BISA merupakan anugerah berprestij yang diinisiatifkan oleh Grup Sinar Karangkraf, sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Karangkraf.

Baca ni Bangkit daripada kegagalan, bekas pekerja bank & jurusolek kini miliki empayar kosmetik sendiri, HAUS Cosmetics

SUNTIK INSPIRASI USAHAWAN BAHARU

Mengulas lanjut, Farah berkata, penganjuran BISA berbeza dengan anugerah bisnes lain di negara ini.

"BISA bukan sekadar pentas menyampaikan anugerah semata-mata. Ia direka untuk mengiktiraf usahawan di Malaysia terutamanya pemain PKS.

"Apa yang unik dan istimewanya BISA ini, ia bukan sekadar menghargai pemilik bisnes, malah kita turut mengangkat pelbagai agensi yang berada dalam ekosistem perniagaan.

"Ini membolehkan rakyat di luar sana mengetahui, dalam kejayaan seseorang usahawan, ada organisasi lain yang mungkin turut memainkan peranan, baik agensi-agensi kerajaan, perbankan, syarikat telekomunikasi, pasar raya besar dan platform beli-belah," katanya.

Ujar Farah, usahawan dan penerima yang terpilih bakal menjadi inspirasi kepada peniaga yang baharu, terutama kepada generasi muda yang kini semakin ramai ingin menceburi bidang perniagaan.

Baca ni 'Orang yang jaga ibu bapa, orang yang berjaya.' Kak Ell tidak lupa asal usul, bangga guna nama sendiri untuk jenama produk

"Menerusi kerjasama dan sokongan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan lain, Sinar Harian akan memainkan peranan sebagai jambatan penghubung komuniti bisnes Malaysia.

"Lebih banyak pertukaran idea, masterclass, bengkel dan kerjasama dapat kita lakukan bersama untuk meneroka segala kemungkinan dalam era digitalisasi teknologi hari ini," ungkap beliau.

Apa yang pasti, dalam usaha menjadi penghubung komuniti bisnes, Sinar Harian juga berharap semua pihak dapat bersama-sama menyebar luas dan menerapkan mengenai kepentingan integriti dan kejujuran dalam perniagaan.

"Bisnes bukan sekadar keuntungan, kerugian, pendapatan dan perolehan semata-mata, tetapi dengan penerapan nilai-nilai murni seperti integriti, disiplin dan kejujuran, seseorang usahawan pasti akan kekal lama dalam perniagaan diceburinya," ujar beliau.

PENGGERAK INDUSTRI PERNIAGAAN

Sementara itu, Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Pengisian Grup Sinar Karangkraf, Zamri Rambli berkata, penganjuran Anugerah BISA adalah bertujuan menghargai para usahawan dan penggerak industri perniagaan Malaysia.

Baca lagi 'Obses dengan duit dan mahu cepat jadi kaya.’ Cik Puan Gojes tak kisah apa orang nak kata 

"BISA adalah titik mula kepada usaha dan inisiatif Sinar Harian menjadi jambatan untuk bersama-sama dalam ekosistem perniagaan PKS di Malaysia.

"Malah, penerima-penerima BISA malam ini ada didendang kisah jatuh bangun mereka untuk menjadi inspirasi dan pembakar semangat anak-anak muda," katanya.

Jelas Zamri lagi, Sinar Harian akan meneruskan komitmen dan kolaboratif dengan pihak kerajaan, pelbagai agensi dan organisasi dalam melahir, membimbing dan mempromosikan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang