SinarPlus anjur peraduan ‘Live Your Life’ sempena ulang tahun ke-3, tawar hadiah menarik
SINARPLUS yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad bakal menyambut ulang tahun yang ke-3 pada 1 Mac depan.
Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, bersempena dengan itu, buat pertama kali, SinarPlus bakal meraikannya bersama para pembaca secara bersemuka di District 21 dengan kerjasama iOiCiTY Mall, Putrajaya.
"Selepas tiga tahun, kami rasakan sudah tiba masanya untuk turun padang bertemu dengan pembaca untuk meraikan keberadaan SinarPlus sebagai salah satu wadah gaya hidup yang semakin popular," katanya ketika ditemui pada Khamis.
Serentak dengan itu, SinarPlus juga menganjurkan Peraduan Live Your Life yang telah pun bermula pada 2 Februari lalu dan akan berakhir pada Isnin, 20 Feb ini.
Menerusi peraduan berkenaan, seramai 30 pemenang bertuah akan dipilih, sekali gus berpeluang untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun.
"Sebagai tanda penghargaan kepada pembaca, pelbagai hadiah menarik disediakan. Apa yang pasti, mereka yang terpilih tidak akan pulang dengan tangan kosong. Jadi, penyertaan orang ramai amat dialu-alukan," ujarnya.
Cara untuk menyertai pertandingan tersebut cukup mudah. Orang ramai hanya perlu muat naik gambar atau video aktiviti harian seperti bersukan, membeli-belah, memasak dan lain-lain di akaun Instagram SinarPlus.
Nyatakan kapsyen mengapa anda ingin menyertai sambutan ulang tahun SinarPlus Live Your Life di District 21. Kemudian, tag tiga orang rakan yang ingin dibawa bersama.
Dalam pada itu, Nik Justin berkata, SinarPlus kini dalam proses penjenamaan semula dengan misi baharu yang lebih memfokuskan kepada trend gaya hidup kaum wanita dari pelbagai aspek.
"Antara topik yang akan dikupas setiap minggu adalah berkisar tentang kesihatan, dekorasi, fesyen terkini, produk kecantikan, personaliti atau idola ramai termasuk destinasi makan dan pelancongan impian, resipi, hiburan, gajet, permotoran serta kisah inspirasi wanita.
"Bukan itu sahaja, SinarPlus turut mempunyai program signaturnya iaitu DNA (Doktor & Anda) dan Borak Bibir Merah yang masing-masing mengupas isu kesihatan semasa dan hal kewanitaan. Tidak ketinggalan program yang menyentuh hal kemasyarakatan , Cerita Orang Kita dan The Story Of..." katanya.
Baca ni Syahirah Vitalis pikat pelajar, penuntut IPT akui penampilan lebih sempurna dan meyakinkan
Sementara itu, Eksekutif Editor Gaya Hidup & Hiburan, Meen Tahrin melahirkan keterujaan apabila akhirnya dapat bertemu dengan pembaca yang selama ini menyokong SinarPlus sama ada dalam bentuk bercetak dan online.
“Sambutan ini sebagai tanda terima kasih kepada para pengikut SinarPlus sejak awal kemunculan kami iaitu pada 1 Mac 2020 dengan edisi pertama yang memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan pertama.
"Justeru, jangan lupa bersama-sama kami dengan menyertai Peraduan Live Your Life," katanya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang