SMS mengandungi nombor telefon & laman web akan dihalang penghantaran bermula 2 Julai ini

A
A
A

SEMUA sistem pesanan ringkas (SMS) mengandungi nombor telefon dan laman web akan disekat kuatkuasa 2 Julai ini.

Bagi mengelakkan jenayah penipuan (scam) yang semakin parah dalam kalangan masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil langkah proaktif dengan bertindak sedemikian.

SKMM sebelum ini sedia mengarahkan untuk syarikat telekomunikasi menghalang penghantaran URL pada SMS bagi mengurangkan masalah SMS berbentuk scam dan penipuan yang dihantar.

Perkara berkenaan telah mula diimplementasikan sejak Mei 2023 lalu oleh beberapa syarikat telekomunikasi.

Kini, selain penghantaran SMS dengan URL, SKMM sedia mengarahkan untuk menghalang penghantaran SMS yang mengandungi nombor telefon mudah-alih atau talian tetap untuk dihubungi.

Baca juga IC rosak? Ini cara mudah tukar MyKad melalui panggilan telefon, 30 minit siap!

Kredit foto: Freepik

 

Perkara tersebut dijangka akan dikuatkuasa oleh syarikat telekomunikasi bermula 2 Julai 2023 nanti.

Langkah ini dijangka akan terus mengurangkan kadar penipuan yang berlaku melalui SMS, selain melindungi lagi pengguna.

Pengguna perlu menggunakan beberapa alternatif sekiranya ingin masih meneruskan penghantaran URL atau nombor telefon kepada ahli keluarga atau rakan-rakan, termasuk menggunakan aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Messenger dan sebagainya.

Selain pengguna persendirian, selepas tarikh tersebut, pelbagai SMS yang dihantar aplikasi dan perniagaan juga tidak boleh menyertakan pautan pada penghantaran SMS mereka (kecuali sekiranya melanggan perkhidmatan memfokuskan perusahaan dan perniagaan).

Dengan langkah ini, beberapa aplikasi telah mula mengubah kaedah operasi dan telah menghentikan penghantaran URL melalui SMS.

Sebagai contoh, Luno yang menghantar URL melalui SMS untuk pengesahan log masuk kini telah beralih kepada pengesahan berasaskan notifikasi aplikasi.

Baca juga Anak asyik minta telefon, ibu ini kongsi 5 cara elak si kecil ketagih gajet

Kredit foto: Freepik

Selain itu, SKMM bakal bekerjasama dengan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi untuk menyekat mana-mana SMS yang mempunyai kandungan berikut;

  • Penggunaan pautan atau laman web yang menyuruh penerima SMS untuk klik pada sesuatu pautan (contohnya https://touchngologin.cc/ atau https://cimbk.info)
  • Memohon maklumat peribadi penerima SMS seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan lain-lain
  • Mengandungi nombor telefon mudah alih atau talian tetap untuk dihubungi

Tiga kandungan ini dikenal pasti selepas SKMM melakukan penilaian terhadap trend dan modus operasi jenayah semasa.

Walaupun dengan mengambil tindakan ini, orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap sebarang SMS yang meragu-ragukan dengan membuat semakan semula melalui organisasi yang terlibat.

Baca juga Beli barang online lambat sampai sebab kurier, ini cara buat aduan SKMM

Sumber: SKMM, technave

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca