SOSEJ atau juga digelar ‘Hot Dog’ merupakan sejenis makanan proses yang diketahui mempunyai pelbagai risiko terhadap masalah kesihatan jika diambil dengan kadar yang berlebihan.

Selain masalah kesihatan, pakar kanak-kanak juga menyarankan agar tanda ‘AMARAN’ diletakkan di plastik pembungkus sosej yang dijual kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan kes tercekik dalam kalangan kanak-kanak.

Buktinya, menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17 peratus kes tercekik makanan berpunca daripada sosej terutamanya bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun yang mana gigi mereka belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah makanan tersebut.

Sosej boleh membunuh kanak-kanak hanya dengan beberapa saat!Pengarah Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children’s, Ohio, Dr Gary Smith berkata, jika ditanya apakah yang mampu menyekat saluran pernafasan kanak-kanak dengan mudah? Ya! jawapannya sosej.

Lebih serius, beliau mengulas apabila sosej telah menyekat saluran pernafasan, percayalah, ia agak mustahil untuk mengeluarkannya dengan mudah.

Jika saluran pernafasan tersekat, hanya dengan beberapa saat sahaja ia mampu membunuh!

Sosej dan kanser usus

Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya diketahui umum menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Lebih membimbangkan, kanduangan nitrite pada sosej dan kebanyakan makanan proses lain juga mampu menjadi penyebab kanser usus.

Menurut sumber, dari 2008 sehingga 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dalam kalangan kaum Cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

Nitrite pula merupakan garam tambahan yang digunakan sebagai bahan pengawet pada penghasilan sosej.

Apabila ia dicernakan dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada Nitroso yang merupakan bahan utama menyebab kanser.

Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer setiap 50gram daging proses yang dimakan, meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18 peratus.

Bukan makan hari-hari apa salahnya?

Ya! Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis atau perkara remeh.

Iklan

“Ala, bukan makan hari hari”

Jika korang beranggapan begitu fikirkan semula kerana risikonya tetap sama!

Makanan proses dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses.

Penawar sosej kalsium dan buah-buahan

Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam sosej.

Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri sosej.

Iklan

Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi ‘penawar’ kepada bahan kanser yang di makan seperti sosej.

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan kesan buruk daripada pengambilan sosej.

Kesimpulannya, apa yang kita perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya. Bukan tidak boleh tapi jangan ambil secara berlebihan atau :

  • Jika korang begitu bersungguh untuk memberi sosej kepada anak anak, potong dengan kecil.
  • Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran dan produk tenusu.
  • Bersederhana dan jangan makan terlalu kerap.

Sumber : Public Health Malaysia

Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat?

HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses…

Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 6 February 2021