BAGI mereka yang belum membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), ini berita baik buat korang.

Kini tarikh pendaftaran dan proses kemaskini yang tamat kelmarin telah dilanjutkan sehingga 25 Februari ini.

Ia berikutan bagi memastikan bantuan berkenaan diterima oleh mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.

Perkara berikut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz baru-baru ini.

Bagi pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapat RM5,000 ke bawah perlu membuat permohonan baru.

Namun kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan.

Baca juga Dah sedia ke terima suntikan vaksin Covid19? Ini 18 langkah yang perlu kita tahu

Menariknya, pembayaran Fasa 1 BPR akan dipercepatkan kepada penghujung Februari ini seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat
Malaysia (PERMAI) pada Januari lalu.

Bagi Fasa 2 pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada awal bulan Mei ini kerana tempoh masa diperlukan bagi memproses permohonan yang diterima.

Isi borang permohonan BPR percuma! LHDN ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu

Terdahulu, sebagai usaha membantu dan meringan beban golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19, BPR telah diwujudkan kerajaan. BPR juga merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan 6 November lalu. Ia juga merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu BSH.

Korang boleh memohon dengan cara;

Iklan

1. Secara Dalam Talian di https://bpr.hasil.gov.my

2. Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my

Iklan

3. Hadir ke
• Cawangan LHDNM
• Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
• Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Justeru, bagi yang belum sempat membuat permohonan, boleh berbuat demikian sebelum tarikh berakhir.

BSH digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat, permohonan kini dibuka