Sunway Lagoon dan Lost World Of Tambun dibuka esok!

A
A
A

SEPERTI diketahui umum, akibat penularan pandemik Covid-19 dan perlaksanaan semula Perintah Kawalann Pergerakan (PKP) semua taman tema terpaksa diarahkan tutup operasi kepada pengunjung.

Terbaharu, selepas ditutup selama lebih dua bulan, kedua-dua taman tema di bawah kumpulan Sunway iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun kembali beroperasi dan dibuka semula kepada orang ramai bermula esok (6 Mac)!

Sunway Lagoon dan Lost World Tambun dibuka esok!Ya! Memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Sunway, mereka kini sedang giat menjayakan kempen ‘2 Play Again’, taman tema seluas 132 ekar itu beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan dibuka dengan kapasiti 30 peratus.

Pengarah Eksekutif Sunway, Calvin Ho berkata, pembukaan semua kedua-dua taman tema itu dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan terutama yang berkeluarga.

“Pelanggan dijemput untuk memeriahkan lagi taman tema kami setelah ia kembali dibuka dan kami juga menawarkan pemanjangan waktu operasi dengan peningkatan SOP jauh melebihi standard yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“SOP ketat juga akan kita laksanakan. Selain suhu badan diambil, kesemua kakitangan diminta untuk mengisi borang perisytiharan diri digital yang diperkenalkan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tempoh penutupan bagi pencegahan dan pematuhan terhadap langkah-langkah antidemik kerajaan, pihak Sunway mengambil peluang menyediakan banyak pakej bernilai tambah untuk pelanggan.

Sunway Lagoon dan Lost World Tambun dibuka esok!

“Kami tidak sabar untuk menyambut semua tetamu kembali meluncur di Vuvuzela di Sunway Lagoon atau memberi makan kuda nil kami di Sunway Lost World of Tambun.

Jadi, pada korang yang berkelapangan dan ingin membawa keluarga bersiar-siar hujung minggu ini, apa kata jadikan Sunway Lagoon atau Sunway Lost World of Tambun salah satu daripada senarai destinasi pilihan.

Selamat bercuti dan berhujung minggu!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca