Super KIP tetap terus berjuang tanpa jari kelingking

A
A
A

KEHILANGAN jari kelingking pada tangan kanan, sedikit pun tidak melunturkan semangat pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi untuk meneruskan kerjaya dalam sukan permotoran.

Atas nasihat daripada pakar dan pasukannya, pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing itu akur menjalani pembedahan untuk memotong jarinya di Barcelona, Sepanyol, pada Selasa lalu.

Mengakui sukar untuk membuat keputusan berkenaan, namun pelumba berusia 21 tahun itu terpaksa melakukan pembedahan demi masa depannya untuk terus berlumba.

“Sebelum ini, jari kelingking saya sukar dibengkokkan kerana ada skru dan apabila kerap jatuh, ia membawa masalah. Saya berharap, ia tidak memberi gangguan lagi selepas ini,” katanya kepada media Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pelumba kelahiran Perak, yang terkenal dengan jolokan ‘Super KIP’ itu mengalami kecederaan jari ketika saingan Grand Prix (GP) Sepanyol pada Mei tahun lepas, sebelum selamat menjalani pembedahan di Barcelona.

Super KIP tetap terus berjuang tanpa jari kelingking

Kecederaan sama berulang selepas beliau terlibat dalam kemalangan ketika sesi ujian bebas GP Republik Czech di Litar Brno pada 8 Ogos, sebelum pasukan Petronas Sprinta Racing mengambil keputusan merehatkannya daripada GP Styria di Litar Red Bull Ring, Austria, baru-baru ini.

Super KIP masih gagal mengutip sebarang mata manakala rakan sepasukannya, John McPhee menduduki tangga ketiga dengan kutipan 67 mata selepas enam pusingan perlumbaan setakat ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca