DALAM Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei lalu telah diumumkan beberapa kategori bantuan untuk rakyat menerusi program PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ termasuklah bantuan moratorium PKP3.0.

Bantuan moratorium itu meliputi semua kelompok terjejas terutamanya golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus rendah dengan pendapatan bawah RM4,849 sebulan).

Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik.

Buat makluman semua, moratorium PKP3.0 turut dibuka untuk M40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan antara RM4,850 hingga RM10,959 sebulan).

Maklumat terkini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium. ⠀

Jelas beliau, sama ada M40 atau T20 (kumpulan isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi sebanyak
RM10,959 ke atas dan merupakan penggerak ekonomi dan majikan golongan B40 dan M40) yang kehilangan pekerjaan korang juga layak menerima moratorium secara automatik. ⠀

Jika menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira M40 atau T20, juga layak menerima pengurangan ansuran bulanan. ⠀

Syarat, kelayakan moratorium buat golongan B40, M40 dan T20 terjejas

Berikut adalah dua kategori pemohon yang layak menerima bantuan moratorium:

KATEGORI 1

  • Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20).
  • Golongan B40 (penerima BSH atau BPR).
  • Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors)

Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:
Penerima dalam Kategori 1 layak memilih sama ada:

  1. Moratorium automatik selama tiga bulan atau
  2. Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan secara automatik.

Baca juga Buat Kaki Shopee Tiada Lagi Pilihan Kurier Kegemaran Bermula 17 Jun Ini

Iklan

KATEGORI 2

  • Peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20)

Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:

  1. Mereka boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian selaras dengan pendapatan yang berkurang.
  2. Pendekatan itu membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀
  3. Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada bank.
    Kelulusan adalah secara automatik. ⠀

Maklumat lanjut sila layari:
https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html dan https://www.facebook.com/83552599871/posts/10159341710829872/?

Iklan

Selain itu, korang juga boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan lebih kepastian tentang cara membuat permohonan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: eCentral