Buat kaki Shopee tiada lagi pilihan kurier kegemaran bermula 17 Jun ini

A
A
A

TABIAT membeli-belah secara online semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat hari ini. Ia semakin berkembang dengan pantas selari dengan kemudahan e-dagang yang disediakan.

Maklumlah, semuanya pada hujung jari! Seperti sedia maklum, kini kita boleh membeli-belah atau melakukan pelbagai perkara hanya dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan aplikasi mudah alih.

Nak makan? Order sahaja online. Pilih menu, buat bayaran dan tunggu saja tempahan dihantar. Nak ke pejabat atau ke mana sahaja destinasi pilihan? Booking menerusi aplikasi Grab dan seumpamanya.

Nak shopping? Lagilah mudah lakukan sahaja carian di enjin Google pasti korang jumpa barangan diimpikan.

Salah satu gedung maya digemari ramai ialah Shopee. Memang tidak dinafikan, boleh dikatakan semua benda atau barang keperluan boleh dibeli di sana. Cara pesanan juga sangat mudah!

Artikel berkaitan: Jimat dan berbaloi, Super Sale PdPR di Karangkraf Mall tawar buku serendah RM2

Buat kaki Shopee tiada lagi pilihan kurier kegemaran bermula 17 Jun ini

Tambahan lagi, sistem penghantaran juga membenarkan pengguna memilih apa sahaja kurier kegemaran.

Bagaimanapun, kini tidak lagi apabila pengguna mendapat berita yang sedikit mendukacitakan.

Bermula 17 Jun ini, Shopee tidak lagi membenarkan pengguna memilih kurier penghantaran yang mana akan ditetapkan secara automatik oleh sistem.

Menurut Shopee langkah tersebut adalah untuk meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.

Buat kaki Shopee tiada lagi pilihan kurier kegemaran bermula 17 Jun ini

Sehubungan itu, pengguna sekadar diberikan pilihan Standard Delivery, Economy Delivery dan Lain-lain.

Baca juga Benarkan 95,142 syarikat beroperasi total lockdown, ditapis sepenuhnya atau bergantung sistem semata? Ketelusan MITI dipersoal

Pilihan untuk syarikat kurier akan dilakukan pada bahagian latar tanpa pengetahuan pengguna dan juga berdasarkan tetapan oleh sesuatu kedai penjual pada platform berkenaan.

Dengan langkah tersebut secara tidak langsung membolehkan Shopee mempromosikan perkhidmatan logistik

Shopee Express atau Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi.

Jadi, nak atau tidak pengguna hanya perlu reda dan bersabar menunggu barang yang ditempah tiba ya!

Sumber: amanz.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca