Syed Saddiq bersungguh desak JPPM luluskan MUDA, biar rakyat yang memilih

Syed Saddiq bersungguh desak JPPM luluskan MUDA, biar rakyat yang memilih
Syed Saddiq bersungguh desak JPPM luluskan MUDA, biar rakyat yang memilih
A
A
A

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana masih tidak meluluskan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dimohon tiga bulan lalu.

Luahan kekecewaan itu dimuat naik oleh Syed Saddiq di laman Instagram miliknya dengan beberapa keping gambar.

“Di parlimen kami ‘budak-budak’… tetapi selepas tiga bulan masih takut nak luluskan MUDA yang dikendalikan ‘budak-budak’.

“Kalau betul kami lemah, picisan dan budak-budak, luluskan MUDA dan biar rakyat tentukan masa depan kami,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Memetik laporan portal media tempatan, parti yang diasaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu turut melantik bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu pendaftarannya.

"Proses pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat sejak 17 September 2020.

"Namun sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja Muda masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran Muda.

"Maka, pada 21 Disember 2020, Penaja Muda bersama 100 penyokong Muda hadir ke ROS untuk menyerahkan surat peguam untuk menuntut pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik yang sah diluluskan dengan kadar yang segera," kata Muda dalam satu kenyataan.

Nampak gayanya Syed Saddiq tetap bersungguh dalam memperjuangkan MUDA yang mana ia akan dipimpin oleh anak muda dan memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian masalah negara sedia ada.

Syed Saddiq juga dilihat giat berkempen melalui pelbagai platform termasuk TikTok untuk memperjuangkan MUDA supaya penubuhannya tidak sia-sia dan golongan sasaran adalah anak muda yang dilihat bakal menjadi pemimpin negara satu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca