AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan telah berniat bernazar untuk membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000 dilihat sedang membuat persiapan akhir.

Perkara tersebut dikongsikan di Instagramnya hari ini yang mana beliau turut memuat naik satu video TikTok sedang melakukan senaman ringan sebagai persiapan awal.

“Let’s give the fundraising drive one final push.

“Nervous ni nak transform jadi Syed Saitama,” tulisnya ringkas.

Seperti apa yang diketahui umum, sumbangan yang dibuat adalah sempena kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

Syed Saddiq telah menganjurkan #BotakChallenge iaitu cabaran membotakkan rambut sekiranya beliau berjaya meraih dana sumbangan sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari.

Artikel berkaitan : Syed Saddiq janji akan botak, demi ‘1 keluarga 1 laptop’

Kutipan terkini sejak semalam telah mencecah sebanyak RM185,960 dan Syed Saddiq juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang.

Nampaknya kurang RM20,000 sasaran untuk #BotakChallenge bakal dicapai! Tahniah pada yang menyumbang!

Iklan

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga sebelum ini melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

Meninjau pada ruangan komen nampaknya ramai yang tak sabar nak tengok YB kita botak! Semoga kempen yang dijalankan mencapai sasaran dan lebih ramai keluarga yang dapat bantuan tersebut.

Iklan

Jika anda ingin menyumbang, boleh dilakukan melalui akaun CIMB 8603323060 Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Muar atau klik pautan di sini : bit.ly/sumbangan1keluarga1laptop

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)