SEMALAM, tiba-tiba sahaja tular mengenai ‘tag pink’ atau wristband identifikasi orang dalam kuarantin untuk Covid-19 didakwa milik seorang wanita yang fotonya sedang makan ditularkan bukan?

Sebenarnya korang tahu tak tentang tag itu?

SEKEPING foto tular mengenai tag pink berkenaan.

Rentetan daripada kejadian semalam, SinarPlus mendapatkan penjelasan daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran.

“Ada yang ingat tag ni adalah untuk pesakit di hospital dan tak tahu pun yang pakai tag ni adalah orang yang sedang menjalani kuarantin Covid-19.”

“Jadi, saya rasa penting untuk ramai orang tahu tentang tag ni,” katanya.

Sebenarnya, tag berkenaan diberikan kepada mereka yang balik dari luar negara.

Artikel berkaitan: Makcik pakai gelang Covid-19 dicari, polis cari saksi bantu siasatan

“Semua yang dari luar negara, setelah tiba di Malaysia, mereka kena buat saringan Covid-19.

“Jika saringan awal positif, mereka akan terus ditahan dan dimasukkan ke dalam wad. Sebaliknya jika saringan awal negatif, mereka dibenarkan pulang dan diberi arahan untuk menjalankan kuarantin di rumah,” jelasnya.

Mereka akan dipakaikan tag berkenaan sama sekali tidak boleh cabut sepanjang proses kuarantin.

Kenapa?

Iklan

Ia supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui orang dan tidak boleh disembunyikan.

“Mereka sama sekali tidak boleh cabut tag pink ni, walaupun doktor atau mana-mana staf kesihatan sekalipun.”

“Tag itu hanya boleh dicabut oleh staf dari pejabat kesihatan daerah selepas mereka menjalani ujian Covid-19 kali kedua dan keputusan sah sebagai negatif (maknanya walaupun negatif, tak boleh cabut sendiri di rumah.. Itu adalah satu kesalahan dan boleh didenda,” ujarnya.

Penulis turut berkesempatan bertanya, selain orang dalam kuarantin, ada lagi tak sesiapa yang pakai tag itu di luar hospital?

Iklan

“Tidak ada.”

“Hanya pesakit hospital sahaja yang pakai tag. Itu pun bukan warna pink kalau dewasa.”

“Warna pink atau biru hanya untuk bayi baru lahir dan tag itu akan dibuang apabila mereka discaj dari hospital.

“Jadi tiada siapa yang perlu atau boleh pakai tag ni di luar hospital melainkan orang dalam kuarantin sahaja”, jelasnya.

Jadi korang dah tahu kan pasal tag pink ni?

“Sesiapa yang ada nampak orang pakai tag pink ni mesti segera beritahu pejabat kesihatan daerah terdekat. Nak beritahu polis pun boleh kalau tak tahu nombor pejabat kesihatan… sebab polis pun ada terlibat untuk buat pemantauan pematuhan kuarantin ni,” pesannya.

Ingat, kuarantin adalah satu proses yang amat penting dalam kawalan wabak ini. Ini pandemik satu dunia tau!

Foto: Ihsan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran.