KITA kadang-kadang pasti pernah mengalami masalah kurang selesa dalam telinga dan antara jalan penyelesaian mudah yang kita buat adalah dengan menggunakan pelbagai peralatan untuk mengorek terutama putik kapas bagi membersihkan tahi telinga. Betul tak?

Bahkan ramai mempunyai tanggapan kehadiran tahi telinga sebagai satu bahan yang menyebabkan timbulnya rasa kurang selesa dan kotor serta ia perlu dibersihkan setiap masa.

Maka langkah terbaik membuang tahi di dalam telinga kita itu dengan membersihkannya menggunakan pelbagai kaedah termasuklah batang besi halus untuk mengorek keluar ‘kotoran’ tersebut.

Sebenarnya, menurut perkongsian salah seorang daripada pengamal perubatan, Dr Ahmad Samhan berkata, anggapan mengenai tahi telinga menyebabkan rasa kurang selesa seperti gatal dan perlu dibersihkan adalah tidak tepat bahkan ia boleh memberi kesan buruk pada bahagian telinga kita.

Tahi telinga adalah sejenis peluh, jangan korek!
Dr Ahmad Samhan

Melalui perkongsian beliau di Twitter, Dr Smhan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan putik kapas atau ‘cotton bud’ kerana ia akan menyebabkan tahi telinga makin ke dalam sekali gus boleh merosakkan gegendang telinga.

“Tahi telinga kita ini sebenarnya adalah sejenis peluh, jangan korek! Biar ia keluar sendiri,” tulisnya ringkas di Twitter.

Menjengah ke ruang komen pula rata-rata warganet juga sedia maklum dengan perkara itu kerana sebelum ini juga terdapat perkongsian serupa dibuat oleh pakar perubatan.

Iklan

Cuma untuk menghentikan tabiat tersebut dikatakan agak sukar. Antara komen warganet adalah seperti berikut :

“Selalu dengar pasal ni tapi saya dah terbiasa dari dulu hari-hari lepas mandi akan guna cotton bud.

Tahi telinga adalah sejenis peluh, jangan korek!“How to stop my habbit? Kadang risau juga kot ada side effect. Boleh tak pergi jumpa doktor semata-mata nak bersihkan telinga sahaja?,” @bundlezzzzz

“Haritu ada nampak video, dekat plastik cotton bud pun terang-terang tulis jangan pakai untuk telinga,” @HayyinSahl

Tahi telinga adalah sejenis peluh, jangan korek!“Hmm ye la doktor. Telinga saya sampai keluar nanah meleleh. Dah follow up dengan private hospital tapi tak menjadi. Sekarang moved to hospital kerajaan pula. Haa jangan la korek selalu nah. Nanti berlobang mak oi,” @tddymokk

Tahi telinga adalah sejenis peluh, jangan korek!Oleh demikian, cara terbaik mengeluarkan tahi telinga yang menyebabkan kita tidak selesa adalah berjumpa doktor terutama mereka yang pakar dalam bidang itu kerana mempunyai peralatan khas untuk membersihkan telinga.

Iklan

Selain ubat titik khas berfungsi mencairkan tahi telinga, doktor pakar akan menggunakan air yang ‘ditembak’ mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahi telinga yang keras dapat dikeluarkan.

Jadi, jangan pandai-pandai korek telinga tu lagi ye!