Tahniah...! 40 jenama tempatan dinobatkan pemenang anugerah Reader’s Digest

No Image Caption
A
A
A

LEBIH 40 jenama Malaysia dinobatkan sebagai pemenang anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2020 daripada 50 kategori tersenarai baru-baru ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi cawangan prasekolahnya, Tadika Kemas telah memenangi Anugerah Emas kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah.

Little Caliphs yang merupakan rangkaian tadika Islam medium bahasa Inggeris swasta terbesar di Malaysia juga terpilih sebagai pemenang dalam kategori sama.

Sementara itu, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara terpilih merangkul Anugerah Platinum dan Emas di bawah kategori Universiti Awam.

Pos Laju dan Amanah Saham Nasional Berhad pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Emas bagi kategori Penghantaran Udara/Perkhidmatan Kurier dan Syarikat Dana Pelaburan.

Menurut Ketua Pengarang Reader’s Digest Asia Pasifik, Louise Waterson, krisis Covid-19 telah memberi impak terhadap perniagaan dan individu di seluruh dunia hingga menyebabkan banyak organisasi menstruktur semula operasi demi meneruskan jalinan dan reputasi yang memakan masa bertahun-tahun untuk dibina.

"Tinjauan tahun ke-22 bagi Jenama Paling Dipercayai di Malaysia memberi gambaran penting terhadap jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini untuk mendapatkan lebih kepercayaan daripada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan kepada SinarPlus baru-baru ini.

Selain jenama terkemuka, personaliti Malaysia seperti Datuk Lee Chong Wei, Alif Satar, Adibah Noor dan Raja Azura juga dikenal pasti sebagai personaliti yang paling dipercayai dalam kategori masing-masing tahun ini.

Untuk senarai pemenang Anugerah Reader’s Digest Jenama Paling Dipercayai 2020, sila layari https://www.trustedbrands.asia/malaysia/

ANTARA para pemenang Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2020:

  • Panasonic mendominasi bahagian Produk Isi Rumah dan Elektronik Pengguna dengan empat kemenangan iaitu penyaman udara, peti sejuk, mesin pencuci dan televisyen.
  • Great Eastern memenangi kedua-dua kategori Insurans Hayat dan Kad Kesihatan.
  • Coway sekali lagi muncul sebagai pemenang Platinum dalam kategori Pembersih Air untuk tahun 2020.
  • Alif Satar memenangi Hos/Penyampai TV Paling Dipercayai untuk Berita & Hal Ehwal Semasa, manakala Adibah Noor sekali lagi  dipilih sebagai Penyampai Hiburan/Variasi Paling Dipercayai.
  • Datuk Lee Chong Wei sekali lagi memenangi Personaliti Sukan Paling Dipercayai.  Sementara itu, Raja Azura merangkul kemenangan sekali lagi pada tahun ini untuk Penyampai Radio Paling Dipercayai.

Nota: Agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research telah meneliti sampel daripada 8,000 individu dari Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan untuk menentukan jenama yang paling dipercayai oleh pengguna di Asia.           

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca