Tak jadi 2024, PLKN hanya dilaksana 2025, 10 info perlu tahu

PLKN diteruskan, pelatih ditempatkan di kem tentera. 5 info berkaitan
PLKN diteruskan, pelatih ditempatkan di kem tentera. 5 info berkaitan
A
A
A

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) nampaknya tidak akan dijalankan pada tahun 2024 sebaliknya hanya akan dimulakan pada tahun 2025.

Desas-desus itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan alasan ia tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober lalu.

1-Katanya, tiada kemungkinan PLKN ini untuk dilaksanakan semula pada 2024 kerana ia tidak dimasukkan di dalam Belanjawan 2024.

Kredit foto: Internet

2-Untuk menggunakan 13 kem wataniah di seluruh negara sepertimana diberitahu sebelum ini, ia memerlukan naik taraf dulu kem tersebut secara 'one-off'.

3-Bercakap mengenai perincian mekanisme pelaksanaannya, Kementerian Pertahanan akan bersamaa dengan semua pemegang taruh terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk dimuktamadkan.

4-Ia perlu mendapat kelulusan untuk menghidupkan dan meneruskan PLKN, mungkin pada tahun 2025.

5-Mohamad berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan.

Kredit foto: Internet

Baca juga: PLKN 2024 untuk remaja lahir 2007, boleh ditangguh hingga 35 tahun, 5 info Kementerian Pertahanan rungkai kekeliruan

Baca juga: PLKN libatkan remaja Tingkatan 4 & 5, 7 info ibu perlu tahu

6-Beliau juga memaklumkan program yang dimansuhkan pada 2018 itu telah diluluskan oleh kabinet untuk kementerian memulakan kajian bagi menghidupkan semula PLKN.

7-Jelas beliau, pelbagai pilihan telah dikaji termasuk cadangan agar melibatkan penyertaan NGO.

8-Pada 31 Oktober lalu, Mohamad dilaporkan berkata, PLKN akan dilaksanakan menerusi dua fasa.

9-Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

10-Manakala pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan menjalani latihan pada Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menyertai Fasa 2 di kem latihan Askar Wataniah sedia ada.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca