Tak mahu anak ketinggalan kerana pandemik Covid-19, mak ayah perlu bertindak
KRISIS Covid-19 sejak Mac 2020 menyaksikan pelbagai sektor terjejas. Sektor pendidikan adalah salah satu daripada bidang penting yang turut menerima tempiasnya.
Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan bagi menyekat penularan wabak ini menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran bersemuka di sekolah tidak dapat direalisasikan.
Walau pun sekolah dibuka untuk pembelajaran bersemuka namun tempohnya hanya seketika menjadikan anak-anak menjadi antara golongan yang paling terkesan. Malahan ada yang ketinggalan.
Paling ditakuti ialah mereka menjadi ‘lost generation’ yang gagal menguasai sesuatu kemahiran yang sepatutnya pada usia tertentu.
Bagaimanapun langkah Kementerian Pendidikan menggantikan pembelajaran secara bersemuka dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membantu mereka untuk terus menimba ilmu mengikut sukatan yang ditetapkan.
Ekoran daripada perubahan ini, penglibatan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak adalah sangat mustahak. Antaranya menyediakan bahan bacaan dan ulangkaji yang praktikal seperti akhbar dalam bilik darjah.
Menurut Editor Pengurusan Content Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin, dengan meletakkan kemenjadian dan mengasah skil pelajar sebagai tujuan utama, langkah ini diambil supaya ibu bapa dan semua pihak terlibat seiring dalam pendidikan anak-anak dengan
“Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan negara, Bahagian Pendidikan Sinar Harian iaitu GPS Bestari turut berubah demi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pandemik Covid-19 terutama bagi menghadapi era lebih mencabar.“GPS Bestari kini mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan sisipan berwajah baharu yang bukan sahaja melibatkan guru, pelajar, sekolah tetapi juga merangkumi penglibatan ibu bapa dan pihak swasta sebagai pelengkap sebuah komuniti pendidikan.
“Justeru, terus dapatkan sisipan GPS Bestari pada setiap hari Isnin, bermula esok untuk menyokong pendidikan dan perkembangan anak-anak kita, “ katanya kepada SinarPlus.
Jadi, mulai esok pastikan korang mula dapatkan sisipan GPS Bestari setiap kali membeli akhbar Sinar Harian untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dunia pendidikan.
Anak-anak juga pasti sudah tentu akan lebih seronok kerana mereka juga ada ‘habuan’ bahan bacaan setiap kali korang membeli akhbar Sinar Harian. Untuk maklumat lanjut layari gpsbestari.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang