PERALATAN rumah jika sudah tumpul memang susah nak buat kerja rumah.

Gunting, ketip kuku dan blender yang tidak lagi tajam boleh buat spoil mood.

Paling geram apabila hendak digunakan, boleh pula ia tidak berfungsi dengan baik.

Ia secara tidak langsung melambatkan kerja.

Lazimnya kita akan ambil tindakan membeli yang baharu sahaja.

Pun begitu, menajamkan kembali peralatan tersebut adalah lebih menjimatkan.

Justeru, SinarPlus kali ini ingin berkongsi cara mudah untuk menggunakan semula barangan itu.

Tip berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram menggunakan username cutsyansyahnan.

Caranya sangat mudah dan paling menarik, bahan yang digunakan juga kebanyakan sudah ada di rumah kita.

baca juga: Cantik dan kreatif! Wanita ini kongsikan DIY hasilkan tanglung semarakkan kehadiran Ramadan

baca juga: Bakul sampah lama jangan dibuang. Wanita ini kongsi DIY buat pasu pokok hiasan. Jimat kos dan cantik!

baca juga: Lelaki ini kongsi DIY pewangi rumah guna dua bahan jer. Bau harum, kos pun murah!

Berikut cara melakukannya.

Iklan

i. Ketip kuku
– Panaskan kepala ketip kuku yang sudah tumpul dengan pemetik api.
– Kemudian, gosokkan hujung pengetip kuku tersebut dengan kertas pasir.
– Ketip kuku yang tumpul sudah boleh digunakan semula setelah itu.


ii. Blender

– Ambil segengam garam dan masukkan ke dalam blender yang sudah tumpul.
– Kisar sehingga garam menjadi halus. Bersihkan.
– Langkah tersebut membantu membuatkan bilah pisau blender kembali tajam.

iii. Gunting

– Masukkan air panas dan sedikit sabun pencuci baju ke dalam sebuah gelas.
– Rendam gunting yang tumpul dan berkarat dalam larutan air tersebut selama satu hingga dua jam.
– Kemudian, lap kering gunting berkenaan dan asah pada botol kaca untuk menanamkan semula peralatan tersebut.

Iklan

Nampak mudah sahaja, kan…

Bolehlah anda semua cuba nanti. Jimat poket daripada nak beli baru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!