Tak perlu beli baru, ini teknik paling mudah hilangkan kesan hangus pada seterika

A
A
A

SAAT sedang asyik seterika baju, tiba-tiba jadi melekat. Tengok-tengok alamak! Terbakar pula.

Dahlah baju berlubang tak dapat dipakai lagi, kesan melekat kat seterika pun boleh menjejaskan pakaian lain.

Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan fabrik terbakar telah menjadi kebiasaan.

Nak hilangkannya tu aduhai, banyak kali cuba buat asyik tak menjadi.

Nak senang, beli sahaja seterika baru. Eh jangan! Tengok teknik yang dikongsi seorang pengguna Twitter @achaiwong_ ni.

Menerusi perkongsiannya, dia hanya menggunakan Panadol Soluble sahaja untuk membuang kesan hitam pada seterika.

Menurutnya, dengan cara yang ditunjukkan itu sangat berkesan. Jom cuba!

1. Panaskan seterika seperti biasa.

2. Ambilkan Panadol Soluble dan gosokkan perlahan-lahan di tapak seterika tersebut.

3. Gosok berulang kali sehingga semua kesan hangus tanggal.

4. Kemudian lapkan dengan kain dan permukaan seterika kelihatan berkilat semula.

Tak perlu beli baru, ini teknik paling mudah hilangkan kesan hangus pada seterika

Selain menggunakan Panadol Soluble ini, korang boleh juga cuba membuang kesan melekat itu dengan pelbagai cara lain seperti menggunakan garam, lilin, losyen, daun pisang, ubat gigi, soda bikarbonat, kertas pasir, dan span magik.

Tak kisahlah menggunakan petua yang mana asalkan kita boleh menjimatkan wang tak perlu beli seterika yang baru.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca