Tak perlu jadi hero! Elak 3 perkara ini jika ternampak ular masuk kediaman

Tak perlu jadi hero! Elak 3 perkara ini jika ternampak ular masuk kediaman
Tak perlu jadi hero! Elak 3 perkara ini jika ternampak ular masuk kediaman
A
A
A

KEJADIAN haiwan berbisa seperti ular banyak dilaporkan memasuki rumah kediaman tidak kiralah di kampung atau bandar.

Ular merupakan reptilia karnivor yang amat digeruni ramai. Jika terserempak, pasti lari bertempiaran.

Ular juga memerlukan dua jenis suhu. Satu untuk ia berjemur dan satu untuk ia lembap. Reptilia ini perlukan kelembapan. Ia perlukan cuaca panas untuk proses penghadaman makanan dengan cepat.

Jadi, jika habitat mereka bersuhu panas, mereka akan turun dari kawasan bukit mencari kelembapan.

Mungkin itulah faktor utama haiwan itu keluar ke kawasan kediaman kita, contohnya di dalam atau sekitar kawasan rumah.

Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu

Oleh itu, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tiga cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa sekiranya berlaku rumah dimasuki ular;

1. Jangan cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.

2. Jangan cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.

3. Jangan cuba menghalau menggunakan peralatan.

Namun, apa yang perlu dilakukan adalah;

1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan.

2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.

3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.

4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.

5. Kurangkan bergerak di hadapan ular.

6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak badannya.

7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.

Jadi, jangan jadi hero tak bertempat! Sebaiknya korang terus menghubungi anggota penyelamat untuk bantu menangkap ular yang memasuki kediaman.

Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu

Baca juga Rebus pelitup muka sebelum memakainya kerana cacing halus? Itu tindakan yang mengarut kata doktor

Sementara itu, ini pula beberapa langkah yang boleh diambil supaya haiwan tidak masuk atau berlindung di kawasan rumah;

  • Bersihkan longgokan sampah.
  • Pangkas tanaman yang merimbun seperti pokok pandan.
  • Tutup lubang yang ada di rumah seperti lubang saliran dan bumbung.
  • Pastikan rumah sentiasa harum kerana sifat ular tidak suka pada bauan yang menyengat.
  • Bersihkan rumah daripada katak dan tikus kerana itu adalah makanan mereka.
  • Pelihara kucing, ular tidak suka pada haiwan yang mencakar seperti ayam dan kucing. Kucing juga boleh beri amaran dan petunjuk kepada kita.
  • Tabur sulfur atau belerang sekeliling rumah. Walaupun ada yang mengatakan petua ini mitos namun ada juga yang kata berkesan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca