UNTUK pengetahuan semua, kerajaan akan mewartakan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Aplikasi tersebut boleh di muat turun secara percuma dengan menggunakan telefon pintar masing-masing. Tujuannya adalah untuk membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di dalam negara.

Namun demikian, perkara ini tidak akan berjalan lancar sekiranya premis perniagaan, pejabat atau sekolah tidak menyediakan QR Code MySejahtera untuk masuk ke premis yang dinyatakan.

Jika sebelum ini kita terpaksa menulis butiran peribadi di dalam buku log seperti nama, no telefon dan suhu badan sebelum berkunjung ke mana-mana premis, kini tidak lagi.

Pemilik premis kini perlu menyediakan QR code dan pengguna hanya perlu mengimbas QR code tersebut malahan butiran diri hanya perlu diisi dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Namun, bagaimanakah cara untuk membuat QR code MySejahtera? Jom SinarPlus kongsikan langkah yang paling mudah untuk menghasilkannya seperti apa yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Hidayatul Akma Salihan.

“Nurul sharekan cara macam mana nak dapatkan QR Code ni bagi pemilik kedai atau premis kerana kerajaan memang sarankan untuk buat.

“Jadi tak payah la buat buku log tulis-tulis nama dan no telefon dah. Cuma cek suhu pelanggan sahaja selepas ni.

“Boleh tengok urutan gambar-gambar di bawah, ikut setiap langkah yang diberikan,” tulisnya.

Iklan

LANGKAH 1:

LANGKAH 2:

  • Klik button MySejahtera Check-In.
  • Akan keluar seperti ini.

LANGKAH 3:

Iklan
  • Kemudian scroll ke bawah sikit dan nampak button berwarna biru.
  • Klik button yang biru atas yang tulis Register MySejahtera Check-In.
  • Lepas tu, akan keluar gambar-gambar untuk pengesahan (verify) yang kita bukan ROBOT. Just jawab ikut apa yang diminta.

LANGKAH 4:

  • Kemudian, Fill up la company profile dan tekan button “Submit”.

LANGKAH 5:

  • Then, dapat la QR Code untuk kedai masing-masing.
  • Lepas print out, laminated supaya tahan lama atau boleh jer pelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing.
  • Kemudian, boleh tampalkan di tempat yang mudah untuk pelanggan scan sebelum melangkah masuk ke kedai atau premis.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!