Tak sampai 30 minit kedai dibuka, Pasar Payang diserbu pengunjung!

A
A
A

GARA-GARA pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan kebenaran makan di kedai bermula hari ini, nampak gayanya orang ramai kini mula berkunjung ke lokasi pelancongan bagaikan melepas rindu.

Buktinya, kini Pasar Payang yang popular di Kuala Terengganu menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja.

Barangan jualan seperti bantal kekabu, baju kelawar, kain batik dan pelbagai jenis pakaian, kembali laris dijual.

Memetik laporan portal media tempatan, orang ramai kini mula berkunjung ke lokasi pelancongan itu bagaikan melepas rindu, susulan pembukaan beberapa premis setelah ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak 22 Jan lepas.

Salah seorang peniaga pakaian, Norlie Suaidah Salleh, 34, berkata, tidak sampai 30 minit kedai dibuka, beliau telah menerima pelanggan dan dalam tempoh dua jam sahaja, seramai 10 individu telah tampil membeli pelbagai barangan.

“Ketika PKP saya ada melakukan jualan secara dalam talian tetapi sambutannya kurang memberansangkan.. mungkin kerana terlalu banyak saingan.

“Pada saya, berniaga di kedai adalah lebih baik kerana Pasar Payang ini adalah tumpuan ramai, malah mereka yang berkunjung lebih yakin barangan yang dibeli adalah benar-benar buatan Terengganu,” katanya.

Norlie Suaidah yang telah berniaga selama 16 tahun di situ menjual pakaian berasaskan kain batik, dan katanya kebanyakan pelanggan tetap masih memilih kaedah ‘lihat kualiti dahulu’ sebelum membeli.

 

Tak sampai 30 minit kedai dibuka, Pasar Payang diserbu pengunjung!

Selain itu, peniaga makanan di situ juga menyifatkan kebenaran untuk makan di kedai memberi impak yang sangat besar berbanding hanya pembungkusan sahaja.

“Sebelum ini memang kawasan ini sunyi. Ada kedai makan yang hanya buka dua hari lepas itu tutup sebab tiada pelanggan.

“Hari ini memang ramai dan mereka yang ingin membeli barang akan turut singgah makan.

“Syukurlah ada pelepasan...cuma pelanggan diharap dapat mematuhi arahan yang ditetapkan dan jangan abaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca