Takut jarum suntikan? Anda mungkin menghidap...

Takut jarum suntikan? Anda mungkin menghidap...
Takut jarum suntikan? Anda mungkin menghidap...
A
A
A

APABILA sebut sahaja suntikan vaksin bermacam-macam gelagat penerima dapat dilihat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Dek terlalu takut dengan jarum suntikan sesetengah individu terpaksa ditenteramkan petugas kesihatan di sana.

Bahkan, jarum belum lagi dicucuk mereka sudah menjerit ketakutan dan diselubungi rasa cuak.

Tahukah korang, situasi takut jarum picagari secara berlebihan dikenali sebagai Trypanophobia.

Trypanophobia merupakan keadaan yang mana seseorang ketakutan berlebihan akan tindakan melibatkan jarum suntikan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Secara zahirnya, semua orang takut jarum suntikan, tetapi golongan Trypanophobia adalah ketakutan melampau.

Seseorang itu didiagnos menghidap Trypanophobia apabila cepat menunjukkan rasa takut saat melihat jarum suntikan.

Tahap rasa takut tersebut boleh mengakibatkan pengsan, pening, loya, muntah, berpeluh dan berdebar-debar.

Rasa takut itu boleh berterusan sekurang-kurangnya selama enam bulan dan seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri melihat jarum suntikan.

Individu menghidap fobia berkenaan juga akan mengelakkan diri ke klinik atau hospital meskipun mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan.

Malah, individu terbabit juga enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Mereka bukan antivaksin, tetapi fobia dengan suntikan jarum.

Justeru, jom lakukan 4 tip berikut:

1. Latih diri untuk relaks dan melakukan senaman pernafasan. Tarik nafas selama lima saat, tahan nafas lima saat dan hembus dalam masa lima saat.

2. Alih perhatian semasa suntikan seperti bercakap dengan rakan atau ahli keluarga atau berhubung menerusi telefon.

Baca juga Covid-19: Kenali simptom utama mengikut 4 situasi dan senarai kit ujian yang kita boleh buat di rumah

3. Alih rasa sakit dengan meletak pek ais di tempat suntikan sebelum disuntik untuk kurangkan rasa sakit.

4. Maklumkan kepada doktor yang korang ada masalah takut jarum. Mereka akan beri bantuan sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca