MEMASUKI tahun kedua virus Covid-19 telah menyebabkan 194 juta kes positif dengan 4.16 juta kematian direkodkan di seluruh dunia.

Keadaan menjadi menakutkan apabila munculnya varian yang membimbangkan seperti Alpha, Delta, Beta dan Gamma.

Lazimnya, virus tersebut menjangkiti pesakit bermula dengan gejala ringan dulu kemudian sehinggalah ia menjadi teruk.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjelaskan, kondisi kesihatan seseorang yang semakin meruncing biasanya menyerang warga emas atau golongan mempunyai penyakit kritikal seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes.

Menyentuh tentang perihal gejala, Public Health Malaysia baru-baru ini menyenaraikan kembali simptom yang bakal dihadapi oleh seseorang dalam empat keadaan iaitu:

1. Kumpulan yang belum divaksin.

  • Sakit kepala.
  • Sakit tekak.
  • Hidung berair.
  • Demam.
  • Batuk berterusan.

2. Kumpulan yang sudah divaksin dengan satu dos.

  • Sakit kepala.
  • Hidung berair.
  • Sakit tekak.
  • Kerap bersin.
  • Batuk berterusan.

3. Kumpulan yang sudah divaksin dengan dua dos.

  • Sakit kepala.
  • Hidung berair.
  • Kerap bersin.
  • Sakit tekak.
  • Hilang deria bau.

4. Gejala ringan baharu akibat varian delta.

  • Cirit-birit.
  • Muntah.
  • Sakit sendi.
  • Sakit tekak.
  • Letih dan tidak bermaya.
  • Sakit kepala berpanjangan.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami simptom-simptom tersebut, segeralah lakukan pemeriksaan di pusat kesihatan terdekat.

Satu perkara penting yang SinarPlus mahu ingatkan, janganlah terlalu selesa sekiranya sudah mendapat dos lengkap.

Anda semua masih wajib mematuhi prosedur operasi standard yang digariskan.

Iklan

KIT KENDIRI

Dalam pada itu, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebooknya memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengeluarkan senarai kit ujian kendiri Covid-19 menggunakan air liur.

Antara kit-kit berkenaan:
i) Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapit Test (Saliva/Nasal Swab Samples) – Reszon Diagnostic International Sdn Bhd
ii) Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use – Philosys Co Ltd, Korea.

Senarai tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh membuat semakan menerusi portal MDA.

Baca juga: Pandang picagari, minta petugas tunjuk jarum selepas suntik vaksin Covid-19

Iklan

Apa-apapun, pengambilan vaksin ada penting buat masa ini.

Kepada yang masih belum menerima tarikh vaksinasi terutamanya kepada penduduk Lembah Klang, jangan lupa hadir ke Pusat Pemberian Vaksin berdekatan rumah anda bermula 1 Ogos ini.

Jadi, usah bertangguh lagi! Kita sudah ‘terkurung’ lama.