Tamat kuarantin 14 hari, Tengku Zafrul teruja habiskan 11KM larian

Tamat kuarantin 14 hari, Tengku Zafrul teruja habiskan 11KM larian
Tamat kuarantin 14 hari, Tengku Zafrul teruja habiskan 11KM larian
A
A
A

"LARIAN pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari."

Itu perkongsian Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul yang memaklumkan beliau teruja

dapat melakukan larian pertama sejauh 11KM sebaik sahaja tamat kuarantin kendiri.

Tengku Zafrul turut bersyukur kerana selepas kuarantin di rumah, keputusan saringan Covid-19

yang terbaharu adalah negatif.

Katanya, larian hari ini di kawasan berbukit dengan 'elevation'.

"Bagus untuk kesihatan jantung dan stamina. It’s good to be back.

"Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan kementerian setelah sekian lama bekerja di rumah.

“Terima kasih kepada rakan kerja di MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) yang memberi sokongan dalam tempoh yang kritikal ini, lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Artikel berkaitan: PKPB : Aktiviti di gimnasium, padang bola sepak dan futsal dibenarkan tapi bersyarat

Beliau turut berkongsi foto ketika selesai melakukan larian tersebut.

Tengku Zafrul berjaya habiskan larian sejauh 11km hanya dalam tempoh 1 jam 8 minit.

Hasil tinjaun rata-rata warganet ucapkan selamat kembali bertugas buat menteri kewangan yang

memang terkenal dengan amalan gaya hidup sihat.

Kata mereka;

Terbaik datuk... riadah yang cukup bagus.

Alhamdulillah God protect you anda family from Covid-19. Bless you with great health DSTZ.

Wow terbaik Datuk... 11KM in 1 h 8 min, anak-anak muda pun belum tentu boleh catch up pace tu.

Ya Allah permudahkn urusan menteri kewangan kami untuk bertugas penuh integriti.

Take care bos... behind you we continue to support. May Allah bless you and family always.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca