Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

A
A
A

TAMBANGMRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL percuma selama sebulan? Wah! Ini berita gembira!

Pasti menjadi kegembiraan terutama buat pengguna pengangkutan awam. Kini tambang untuk pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL diberi percuma bermula hari ini.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, ini info lengkap berkaitan tambang percuma;

1. Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

2. Kerajaan memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.

3. Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, beliau dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

4. Kerajaan berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT.

Baca juga Travel sejauh 2,500 km, bidikan Mok JC buat ramai kagum keindahan Malaysia

Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

5. Melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, beliau berharap ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.

6. Rakyat juga akan lebih mudah bergerak dan berulang-alik ke tempat kerja, bersosial dan mengakses kemudahan awam yang lain.

7. Melalui pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, kerajaan yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain.

8. Laluan ini juga dijangka mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan yang lama atau yang belum dibangunkan sebelum ini.

9. MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.

Baca juga Seronoknya bercuti! Berikut ‘checklist’ barang kelengkapan percutian keluarga

Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

10. Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.

11. Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.

Wah! Boleh rebut peluang untuk membawa anak-anak mengunjungi tempat menarik di ibu kota.

Ayuh rebut peluang menikmati tambang MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL percuma yang hanya diberikan sebulan bermula hari ini. Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca