RAMAI daripada kita yang memilih untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan disebabkan oleh sifatnya yang manja dan comel. Mesti geram tengok telatah dan gelagat comel mereka kan? Betul tak?

Ya, penulis pun mengakuinya dan penulis juga memiliki sepasang kucing malahan dah naik pangkat jadi ‘atok’ kerana mereka dah beranak pinak. Haha!

Malah memelihara kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sebagai terapi malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Dalam Islam sendiri sangat menggalakkan untuk kita memelihara kucing malah terdapat pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.

Namun, kucing juga makhluk yang bernyawa dan akan mati jika tiba masanya. Oleh itu, dalam artikel ini SinarPlus ingin kongsikan tanda-tanda fikizal dan tingkahlaku yang menunjukkan kucing sedang menghampiri kematian.

Tanda tanda fizikal:

  • Pernafasan tersekat dan berbunyi kuat
  • Bulu yang tidak terurus
  • Hilang selera makan dan minum
  • Kekurangan berat badan
  • Sawan
  • Lebih banyak tidur kerana kucing sukar tidur disebabkan ketidakselesaan
  • Kekerapan kencing dan buang najis
  • Masalah kawalan kencing yang lemah
  • Berbau
  • Penurunan suhu badan

Perubahan tingkahlaku:

  • Menyembunyikan diri
  • Perubahan dalam fungsi kognitif seperti keliru
  • Kurang bersosial dan suka berdekatan dengan pemilik
  • Hilang minat terhadap apa sahaja
  • Menangis

Tanda akhir kematian:

  • Tiada nadi
  • Tiada denyutan jantung
  • Tubuh sejuk
  • Mata tidak bergerak
  • Anak mata membesar dan tidak respon kepada cahaya
  • Kelopak mata buka sedikit
  • Rahang yang rileks
  • Pengeluaran air kencing dan najis

Kucing yang mempunyai masalah kesihatan dalaman boleh hidup selama berbulan bulan dan ada juga kes bertahun tahun. Namun apabila tiba masanya kematian akan menghampiri juga.

Kucing tahu ke mereka sebenarnya hampir mati?

Menurut buku Cat World, kucing tidak memahami kematian ataupun tahu sebenarnya mereka sedang mati. Ramai pemilik kucing menganggap kucing tahu kematian sedang menghampiri kerana kucing akan menyembunyikan diri beberapa hari ataupun jam sebelum kematian.

Namun menyembunyikan diri adalah tingkahlaku yang biasa oleh kucing yang sakit. Haiwan yang sakit tidak mahu menjadikan diri mereka mangsa yang mudah untuk diserang bahaya. Jadi, dengan itu mereka cenderung untuk menyembunyikan diri jika sakit.

Iklan

Kenapa kucing pergi jauh untuk mati?

Tidak semua kucing yang nazak menyembunyikan diri. Lebih lebih lagi kucing yang sentiasa berada di dalam rumah (indoor cat), mereka tidak berpeluang untuk pergi jauh dan bersembunyi di kawasan semak samun.

Kucing yang berada di luar dan sakit teruk selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk kembali ke rumah dan menjumpai kawasan sunyi untuk dijadikan tempat persembunyian dan akhirnya mati.

Iklan

Sumber- themamamiaow.com