SELEBRITI dan ahli perniagaan, Mila Jirin menitipkan pesanan kepada golongan muda terutama mahasiswa yang berhasrat untuk menjerumuskan diri ke dalam kancah maksiat supaya berfikir implikasi yang bakal dilalui kelak.

“Tarik ‘handbrake’ dan berhenti, fikir sedalam-dalamnya apakah impak kepada diri sendiri di masa hadapan termasuk keluarga, generasi akan datang.

“Bayangkan ibu bapa kita tahu kisah ini dan bagaimana pandangan masyarakat. Belum terlambat lagi untuk ‘u-turn’ semula Insya-ALLAH yakin dan pasti rezeki ALLAH ada untuk kita tepat pada masanya,” katanya.

Beliau berkata, setiap ujian dan dugaan mempunyai hikmah dan kemanisannya maka jangan berputus asa dan membuat pilihan salah yang akhirnya membawa penyesalan.

“Jika anda menghadapi waktu sukar.. hargai setiap apa sahaja dugaan yang ALLAH uji kerana kita tak tahu kita akan gunakan ‘kesusahan’ itu sebagai ilmu ALLAH pinjamkan sewaktu sedang hadapi cabaran di masa akan datang.

“Insya-ALLAH, percaya rezeki ALLAH dan jangan libatkan diri kita dengan circle yang boleh membawa ke lembah kehancuran sebaliknya cari circle membawa kepada kebahagiaan,” ujarnya.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Muhammad Amir Aqqim Mohd Nizam, 22, berkata, topik program yang dianjurkan tersebut amat menarik dan membuka minda anak-anak muda.

“Jika kita biarkan perkara ini, orang tidak akan sedar kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

“Jadi, pandangan dan perspektif daripada orang dewasa dan mahasiswa memang kita perlukan supaya setiap individu yang hadir hari ini dapat memahami perkara yang berlaku,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Nur Darleena Mohd Fauzee, 22, berpandangan program seperti ini memberi pendedahan dan informasi kepada pelajar tentang pancaroba dunia luar.

Iklan

“Jadi, memang digalakkan supaya diadakan lebih kerap di setiap universiti.

“Ini kerana topik sebegini sesuai dan amat dekat dengan kehidupan pelajar bukan sekadar memberi pendedahan malah kesedaran kepada kita agar tidak terjerat dengan perkara tidak bermoral,” katanya yang kini sedang mengambil jurusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi Tenaga.

Sekadar makluman, program ‘Borak Bibir Merah pada kali ini memaparkan isu cinta bersyarat: demi mewah gadai maruah

Iklan

Program yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-4 SinarPlus itu dikendalikan oleh pengacara terkenal, Anim Ezati Rizki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang