SEPERTI ramai sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik Covid-19.

Salah satu inisiatif yang diambil di bawah pelan tersebut adalah pengenalan program kredit e-Penjana.

Bagi yang tidak tahu, bantuan e-Penjana RM50 akan dikreditkan ke akaun e-wallet pengguna bermula 31 Julai lalu.

Inisiatif ini sangat bagus sebab kini pengguna lebih ramai tertarik untuk memilih perkhidmatan cashless payment bagi mengehadkan sentuhan.

Terdapat tiga aplikasi e-wallet yang mengambil bahagian dalam program tersebut, termasuklah Touch n Go, GrabPay dan Boost.

Apa yang menarik, bagi pengguna Boost, pengguna boleh menebus RM50 dari e-Penjana dan pada masa sama berpeluang untuk mendapat ganjaran dan tawaran menarik dengan kempen Boost’s yang kini sedang berlangsung.

Jom SinarPlus kongsikan apa yang pengguna Boost layak peroleh jika tuntutan e-Penjana dibuat dengan menggunakan aplikasi tersebut!

Untuk info, kempen Boost’s #KasiTambah menawarkan faedah dan ganjaran menarik termasuk peluang membawa pulang kereta Perodua Myvi atau motosikal Yamaha bagi melengkapkan kredit RM50 e-penjana.

Menurut syarikat itu, bagi menuntut kredit RM50 e-Penjana dengan Boost, pengguna perlu melakukan proses pengesahan akaun eKYC (Know Your Customer) serta memuat turun dan menjadi pengguna berdaftar di MySejahteraApp.

Iklan

“Sepanjang empat bulan lepas, rakyat Malaysia telah menjalani gaya hidup digital yang mana penggunaan e-dompet telah menjadi tabiat pembayaran mereka setiap hari. Kami percaya insentif RM50 e-Penjana akan menggalakkan lagi penggunaan meluas e-dompet dalam kalangan rakyat Malaysia” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khairil Abdullah.

Menangi bonus bulanan!

Penuntut insentif yang berjaya turut berpeluang memenangi hadiah bulanan termasuk

• Perodua Myvi 1.5L AV AT 2020
• Motosikal Yamaha Y15ZR
• Samsung S20 Ultra
• TV Pintar Samsung 50-inci 4K

Iklan

Insentif RM50 e-Penjana bermula secara rasmi hari ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 berdasarkan kepada rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan menjadi pengguna berdaftar MySejahtera App.

So, jangan lupa untuk tuntut RM50 e-Penjana korang dengan Boost okay. Inform ahli keluarga dan kawan-kawan untuk turut serta supaya mereka tak lepaskan peluang menarik ni.

Selamat mencuba!