Teh panas elok diminum ketika cuaca terik? Ini makanan & minuman terbaik penghilang dahaga

PANASNYA cuaca! Tekak pun dah mula rasa haus. Tahukah anda, ada banyak makanan musim panas yang boleh membantu anda kekal hidrat?

Sebenarnya, ada banyak makanan yang menyejukkan badan. Makanan ini juga mudah untuk didapati, kebanyakannya ada di pasar raya berdekatan!

Untuk elakkan dehidrasi, anda perlu pastikan badan menerima banyak air dan cecair pada waktu panas.

Bahang matahari boleh membuatkan kita berpeluh lebih banyak daripada biasa, jadi pemilihan makanan yang betul sangat penting untuk pastikan kita tidak mengalami strok haba.

Di bawah, kami senaraikan 10 makanan yang menyejukkan badan, sesuai untuk musim panas!

1. Buah tembikai

Buah tembikai sangat terkenal pada musim panas. Selain rasanya yang sedap, tembikai juga mengandungi 90% air yang dapat membantu kita menangani dehidrasi. Ia juga mengandungi serat yang dapat mengurangkan sembelit.

Likopena merupakan pigmen yang memberikan warna merah kepada buah tembikai. Pigmen yang turut terkandung dalam buah tomato, betik dan jambu batu ini juga dapat melindungi kita daripada selaran matahari!

Baca juga Merah & manis! Sedapnya buah tembikai rupanya banyak khasiat dimakan ketika berbuka puasa

teh

2. Teh panas

Hah, minum air hangat pada musim panas? Betul ke boleh mengurangkan kepanasan?

Benar, minuman berais dapat mengurangkan dahaga. Namun, air hangat dapat membantu meregulasi suhu badan kita.

Teh panas merupakan sejenis diuretik. Ia akan menyebabkan anda membuang air kecil dan berpeluh dengan lebih kerap.

Badan mungkin akan kehilangan lebih banyak air, namun proses evaporasi yang berlaku melalui peluh dapat membuatkan badan anda lebih sejuk.

3. Air kelapa

Air kelapa merupakan antara makanan musim panas yang sangat popular. Ia juga dikenali sebagai minuman isotonik semula jadi.

Selain rasanya yang manis, air kelapa dapat mengurangkan risiko dehidrasi. Ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus dan juga potassium yang penting untuk badan.

Baca juga Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

4. Timun

Timun merupakan sayuran yang sangat sesuai dimakan ketika musim panas. Sama seperti buah tembikai, timun mengandungi hampir 95% air. Kandungan air yang tinggi ini dapat memastikan badan anda sentiasa sejuk dan hidrat.

Cuba letakkan timun dalam peti ais dan makan secara mentah atau dijadikan salad.
Timun lebih sesuai dimakan begitu sahaja kerana kebanyakan air di dalamnya akan hilang selepas dimasak.

5. Sup

Sup yang hangat mungkin lebih sesuai dinikmati pada musim hujan.

Walau bagaimanapun, makan nasi bersama sup bukan sahaja dapat menurunkan suhu badan anda, ia juga dapat memastikan anda kekal hidrat. Jangan lupa, cecair juga dikira sebagai air!

Sama seperti teh panas, sup akan menggalakkan anda berpeluh. Apabila peluh tersejat, badan kita akan rasa lebih sejuk.

Yogurt merupakan sejenis pencuci mulut yang manis dan mudah untuk didapati. Anda boleh beli sepaket yogurt dan bawa bersama anda ke kelas, tempat kerja atau keluar bercuti.

Protein dalam yogurt dapat mengisi perut dan membuatkan anda rasa kenyang. Ia juga dapat membantu anda mengelakkan makanan yang masin dan tinggi kalori.

Malah, yogurt juga mengandungi probiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan anda sentiasa sihat.

7. Jus buah-buahan sitrus

Buah oren dan lemon kaya dengan vitamin C dan potassium, sejenis nutrisi yang sangat penting pada musim panas.

Iklan

Potassium boleh keluar daripada badan melalui peluh dan tersejat. Ia membuatkan anda lebih berisiko untuk mengalami kekejangan otot.

Buah oren juga terdiri daripada 80% air. Jus oren atau lemon sangat sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Anda juga boleh tambah soda untuk rasa yang lebih sedap!

Baca juga Rahsia buat puding mangga yang cepat, mudah dan pasti menyelerakan

Tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga!

8. Mangga

Jika anda sedang mencuba untuk menurunkan berat badan, buah mangga merupakan antara makanan musim panas yang paling berkhasiat!

Mangga tidak mempunyai banyak kalori. Malah, kandungan zat besinya yang tinggi dapat membantu kita meningkatkan tahap kalsium dalam badan.

Bukan itu sahaja, jika dimakan sejuk, mangga dapat membantu mengurangkan strok haba. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan.

9. Jagung

Sedapnya jagung! Kalau dimakan panas-panas pada waktu petang, fuh! Jagung bukan sahaja sedap dan berkhasiat, ia juga kaya dengan serat!

Iklan

Jagung dapat membekalkan badan dengan lutein dan zeaxanthin, sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata. Antioksidan ini juga dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang dapat menyebabkan kebutaan dalam kalangan warga emas.

Waktu terbaik minum air kosong yang anda mungkin tidak tahu.

10. Air kosong

Jangan lupa, minum banyak air kosong pada musim panas. Setiap hari, kita akan kehilangan antara 2 – 2 ½ liter cecair melalui perpeluhan, pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan.

Sebab itulah, kita perlu minum 6-8 gelas air setiap hari. Namun, pada musim panas, anda mungkin perlu tambah jumlah air dan cecair yang diambil setiap hari. Air juga merupakan antara makanan musim panas yang menyejukkan badan.

Baca juga Cegah dehidrasi, strok dengan minum air kosong secukupnya

Jangan risau, cecair dalam makanan seperti sup atau minuman seperti kopi, susu dan teh juga dikira. Namun, jangan biasakan diri minum banyak air manis ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Health Group

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.