KALAU bab tudung, memang kaum perempuan akan lebih berhati-hati. Ini kerana kalau tudung dah terkena alat solek, maka memang payah la nak tanggalkan kesan-kesan tersebut.

Rasa macam nak buang je tudung tu sebab kesan tak hilang-hilang! Nak buang, tapi rasa sayang. Nak pakai nanti rasa tak selesa. Jadi bagaimanakah cara untuk menghilangkan kesan tu?

Bagi mengatasi masalah ini, ada teknik yang tepat untuk menanggalkan kesan solekan atau peluh pada tudung. Ini cara dan langkah yang anda boleh dilakukan.

Cara cucian 1

1) Jangan basahkan tudung, gosok dengan sabun mandi terlebih dahulu.

2) Kemudian, sapu bedak supaya ia meresap kesan minyak.

3) Sapu dengan marjerin, biarkan seketika dan basuh seperti biasa.

4) Selepas itu, campurkan krim mandian dan serbuk penaik (baking soda) berus kesan tompok dengan berus kecil. Cara ini boleh juga digunakan untuk hilangkan kesan foundation pada tudung.

Tudung terkena mekap
ELAKKAN mencuci tudung dengan menggunakan mesin basuh.

Kalau boleh, elakkan basuh tudung dengan mesin basuh, sebaliknya gosok lembut sahaja untuk menjaga kualiti fabrik.

Cara cucian 2

1) Ambil bedak powder, apa-apa jenama sahaja. Kemudian, taburkan pada kawasan tudung yang ada kesan tompokan minyak. Letak seberapa banyak.

Iklan

2) Biarkan sementara. Gosok lembut menggunakan jari di kawasan bedak yang dah ditabur pada tudung.

3) Selepas itu, barulah cuci macam biasa. Rendam dengan sabun sekejap dan bilas.

4) Jemur macam biasa dan tunggu sehingga kering.

Iklan

Selepas ini, anda tak perlu nak risau lagi jika ada kesan mekap melekat pada tudung, sebab anda pun dah tahu cara untuk menanggalkannya. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH