Terbang dron perlu kelulusan elak didenda RM50,000! Cara mohon cukup mudah

A
A
A

KETIKA mula diperkenalkan di pasaran, dron atau pesawat udara tanpa juruterbang dianggap barang mewah kerana harganya yang agak mahal, apatah lagi ia pada asalnya dicipta untuk kegunaan ketenteraan.

Namun perkembangan pantas teknologi menjadikan dron semakin murah dan mampu milik. Harga dron dijual semurah RM50 hingga RM1,000 untuk Toys grade dan RM1,500 hingga RM60,000 untuk Hobby grade, bergantung kepada spesifikasi yang dipasang di dalam dron itu sendiri.

Keupayaan dron merakam panorama indah dari sudut tinggi menimbulkan minat dan menjadi kegilaan pengguna, malah sebagai hobi rekreasi dan komersial, terutamanya dalam kalangan jurugambar dan juruvideo.

Namun kini, peminat mahupun pemilik dron perlu mendapatkan permit kelulusan daripada pihak berkaitan sebelum menerbangkan dron di sesuatu kawasan.

Tak boleh lagi sesuka hati membuat penerbangan tanpa sebarang kelulusan bagi mengelakkan daripada didakwa atau dikenakan tindakan.

Mereka perlu mendapat kebenaran permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) agar aktiviti menerbangkan dron dapat dijalankan di kawasan yang dibenarkan.

Cara untuk membuat permohonan juga cukup mudah! Korang hanya perlu lakukan tiga langkah mudah ini untuk memohon. Antaranya adalah seperti:

1. Layari laman sesawang https://www.caam.gov.my/

2.Muat turun borang permohonan dan lengkapkan butiran yang dipinta.

3.Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke DRONE.AFT@CAAM.GOV.MY

Terbang dron perlu kelulusan elak didenda RM50,000! Cara mohon cukup mudah

Permohonan perlu dibuat 14 hari sebelum korang merancang untuk terbangkan dron.

Menerbangkan dron tanpa permit adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).

Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca