Terjamin & tak mudah rosak jika simpan bawang guna cara ini. Tahan lebih lama & tak cepat busuk!

MEMANDANGKAN sekarang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga barang terutama beras termasuk barangan keperluan lain, kita memang kena bijak berbelanja.

Satu lagi, kena pastikan item yang dibeli tak mudah rosak.

Bukan apa, sesetengah kita jenis yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak untuk buat stok.

Baca ni Rupanya cara ini lagi mudah, pantas & bersih untuk kupas dan tanam bawang putih. Guna air jer. Memang superb!

Namun, bahan masakan yang digunakan di dapur seperti bawang merah, bawang putih dan lain-lain selalunya tidak tahan lama.

Lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu cara yang betul untuk menyimpannya.

Akhirnya busuk, berkulat dan terpaksa dibuang. Sayang, kan, sudahlah harga makin mahal.

 

Justeru, Sinarplus nak kongsikan cara mudah simpan bawang sama ada yang siap dikupas, bawang segar mahupun yang dikisar.

Bawang segar
* Jangan simpan di dalam peti sejuk.
* Letakkannya di tempat yang terbuka dan kering seperti dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
* Elak letak di tempat tertutup, gelap dan lembap.
* Jangan simpan bersama dengan bahan lain seperti sayur dan sebagainya kerana ini boleh menyebabkan bawang cepat busuk.

bawang

Bawang kupas
* Jangan basuh lepas dikupas. Ini kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
* Sebaiknya simpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara supaya tidak dicemari bahan makanan lain.

Bawang kisar
Perkongsian tip mudah ini dimuat naik Nur Farhaana Noordin menerusi page Masak Apa Hari Ni.

“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, kisar kasar siap-siap. Nak masak tinggal guna je. Sekali kisar boleh dapat sebekas penuh. Ini sudah dekat dua minggu dan saya guna setiap hari,” ujar beliau.

bawang kisar

Iklan

Cara membuat:
3 labu bawang putih (BELI DI SINI)
3 biji bawang besar (BELI DI SINI)
Minyak masak (agak-agak) (BELI DI SINI)
*boleh sesuaikan sukatan jika rasa tidak cukup.

bawang kisar

Tip berguna:
* Ketika mahu memasak, jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali memandangkan anda sudah masukkan waktu kisar.
* Pastikan sudu yang nak guna ambil bawang ini seeloknya kering.

bawang kisar

Tip tambahan:
* Simpan bawang dikisar dalam peti sejuk.
* Letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
* Boleh juga disimpan daalam freezer untuk tahan lebih lama.

Iklan

Banyak tip yang admin kongsikan untuk pembaca. Jangan lupa praktikkan. Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang