PENINGKATAN kes Covid-19 yang membimbangkan mendorong pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah daerah negeri Selangor.

Hari ini, sebanyak 3,120 kes positf Covid-19 baharu dilaporkan yang mana Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 675 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam daerah terlibat PKP terdiri daripada Hulu Langat,Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.

Baki tiga daerah seperti Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula masih berada di bawah PKPB (Bersyarat) seperti sebelum ini.

Menurut Ismail, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan mendadak kes Covid-19 kebelakangan ini dan berharap penguatkuasaan PKP dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

Susulan daripada itu, pergerakan rentas negeri dan daerah di dalam enam derah terlibat PKP di Selangor adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali kes-kes berkaitan urusan kecemasan.

Bersama ini SinarPlus kongsikan beberapa SOP penting PKP.

Iklan

Dari segi sektor ekonomi yang dibenarkan adalah membeli dan mendapatkan barang keperluan, rawatan kesihatan dan perubatan dan menjalankan urusan rasmi kerajaan
dan tugas kehakiman.

  • Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00
    malam sahaja.
  •  Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.
  •  Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.
  •  Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.
  •  Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
  •  Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 4

Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di 6 daerah ini, korang boleh mengakses laman sesawang MKN di www. mkn.gov.my

Iklan

Sama-samalah kita mengikuti SOP yang ditetapkan bagi kepentingan bersama. #kitajagakita

Sumber: Majlis Keselamatan Negara