Terkini! SOP aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan 1442H

Warganegara asing boleh tunai solat berjemaah, pelapik kertas pakai buang ganti sejadah
Warganegara asing boleh tunai solat berjemaah, pelapik kertas pakai buang ganti sejadah
A
A
A

BULAN Ramadan merupakan bulan ibadah, kebaikan, melawan nafsu dan bulan pembebasan dari neraka.

Pada bulan ini, terdapat banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya iaitu dengan ganjaran pahala dilipatgandakan serta segala dosa diampuni dengan syarat menghindari segala maksiat terutama dosa besar.

Kaum Muslim patut berasa untung terutama buat mereka yang betul-betul memanfaatkan setiap saat di bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah, memohon pengampunan dan melakukan amalan yang mulia seperti bersedekah.

Alhamdulillah! Pada tahun ini kita dibenarkan mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Syukur, berbanding tahun lalu akibat Covid-19 yang melanda dunia kita tidak dapat mendirikan solat sunat tarawih seperti biasa.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), SOP aktiviti masjid dan surau sepanjang Ramadan berkuatkuasa 12 April 2021 – 12 Mei 2021 adalah seperti berikut;

1. Aktiviti dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

  • Solat berjemaah, Jumaat, solat fardu lima waktu, tarawih dan qiamullai.
  • Penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak.
  • Program berbuka puasa dan moreh di masjid atau surau.
  • Majlis ilmu seperti tazkirah atau kuliah dibenarkan kecuali pada waktu antara pelaksanaan solat sunat tarawih.
  • Tadarus al-Quran.

Amalan pahala haji

2. Jawatankuasa masjid

Jawatankuasa masjid atau surat digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus untuk para Jemaah.

Jamuan sahur boleh disediakan secara berbungkus kepada jemaah yang menyertai qiamullail.

Program memasak dan mengedar bubur lambuk secara berbungkus kepada jemaah.

3.Pembayaran zakat Fitrah

Secara manual atau terus kepada amil.

Secara dalam talian (online) melaluo kaedah ditetapkan adalah digalakkan.

Selain itu, tidak lupa juga mengamalkan etika ketika di masjid;

1. Membawa sejadah sendiri adalah digalakkan.

2. Berwuduk di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid atau surau.

3. Minimum penjarakan satu meter.

4. Elakkan aktiviti bersalaman.

5. Pemakaian pelitup muka diwajibkan.

Justeru, teruslah kita mematuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian Covid-19 ini segera diputuskan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca